ASALAMUALAIKUM...
sifat ikhlas melambangkan kesucian hati samaada hubungan dengan Allah mahupun hubungan sesama manusua..
Didalam bertaubat juga kita mestilah melakukan dengan benar benar ikhlas untuk bertaubat.jika sebaliknya,taubat itu hanya sia sia..hal ini juga ada terkandung didalam Al-quran, firman-NYA :
"melainkan orang orang yang bertaubat,berbuat baik dan berpegang teguh kepada Allah serta mengikhlaskan agamanya kerana Allah"
(surah AN NISA :146)
Setiap perbuatan yang kita lakukan dengan ikhlas bergantung pada niat hati kita..kalau niat sekadar untuk duniawi,hanya duniawilah kita dapat...tapi sebaliknya jika hati ikhlas kerana Allah..ganjarannya sangat besar...waallahualam...
janganlah hanya dimulut mengatakan ikhlas tapi dalam hati sebaliknya...
Kebiasaanya,kita sering dengar " bagilah upah seikhlas hati"
Tapi mengapa sering terjadi "mentang mentang aku kata seikhlas hati,ini je
ke yang aku dapat"
PATUTKAH BEGITU ???
Kalau hendak lebih , janganlah gunakan ayat SEIKHLAS HATI...
bagi yan ikhlas hati itu adalah semacam sedekah..berapa yang kita dapat itulah rezeki kita...menolong sambil beramal....susah sebenarnya hendak tahu seseorang tu ikhlas...yan sendiri masih belum memahami pengertian ikhlas..
Buah keikhlasan adalah keredhaan Allah yang diberi ganjaran pahala berlipat kali ganda..
INGATAN
"barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah sedang dia berbuat baik,maka baginya ganjaran disisi tuhannya,tiada ketakutan atas mereka dan mereka tidak akan berdukacita"
( surah al baqarah - ayat 112 )