Sabtu, 29 November 2014

PENAT MAKAN



ASALAMUALAIKUM...

hari ni happy sangat...mama abah adik datang umah bercuti katanya.
kebiasaannya aku dok berdua jer dengan encik somi..beza benar rasanya ,riuh rendah..selalu sunyi jer..walaupun penat sikit..( PENAT MAKAN SEBAB MAMA MASAK) huhu..tapi hilang lah sikit rasa rindu di hati ni..bersyukur sangat2..punya mama abah yang selalu memahami..biarpun kadangkala aku rasa macam belom cukup berbakti pada mereka..mama abah semoga ALLAH meminjamkan mama abah pada kakak lama lagi..kakak belom puas bermanja...kakak ingin jadi 

ANAK YANG BERBAKTI BUKAN ANAK YANG MENYAKITI..insyallah..

kakak sayang mama abah dunia akhirat..amin..



Jumaat, 28 November 2014

MATA

ASALAMUALAIKUM..

" mata menjeling..mata memikat..mata lah puncanya." pembuka bicara arini dengan rangkap lagu..hehe...macam ada kaitan jer dengan tajuk..mata adalah salah satu pacaindera manusia yang penting..tanpa mata gelap lah dunia..tapi kadangkala mata hati lebih celik dari mata yang terbuka..betul tak...

CARA MENGUATKAN DAYA PENGLIHATAN

duduk menghadap arah kiblat

bercelak menjelang waktu tidur

sentiasa melihat sesuatu yang berwarna hijau

tempat tidur selalu bersih

PERKARA YANG MELEMAHKAN DAYA PENGLIHATAN

melihat perkara yang kotor

melihat salib

melihat faraj perempuan atau bayangan luar

duduk membelakangkan kiblat

melihat huruf yang halus

berpagi dan berpetang dengan muka yang muram

banyak menangis

menbaca tanpa cahaya yang terang

RABUN AYAM

mandi pagi dimulakan dengan menyiram kaki dahulu dengan air dingin..apabila kaki dah merasa dingin..barulah siram keseluruhan badan..lakukan dengan tekun secara berturut turut selama 2 bulan..insyallah..

MENCEGAH MATA DARI RABUN

Amalkan makan lobak putih..insyallah..






BERLIBUR

ASALAMUALAIKUM



budak perasan comel ...



nak main tapi takut..huhuhu

tak jadi main..takut..peluk tiang..

Khamis, 27 November 2014

APA YANG KORANG BUAT BILA CUTI SEKOLAH BERMULA PADA ZAMAN KORANG..

ASALAMUALAIKUM... 

cuti sekolah dah bermula..teringat waktu zaman persekolahan dulu.. paling happy bila cuti sekolah kerana : -))


BOLEH BERJALAN PI UMAH ATUK

BOLEH BANGUN LAMBAT

TAK DER KERJA SEKOLAH

TAK PAYAH SIBUK BASUH KASUT

BANYAK CITER KARTUN

DAPAT MAIN LAMA LAMA

APA YANG KORANG BUAT PADA CUTI SEKOLAH...




Selasa, 25 November 2014

LELAH / SEMPUT

ASALAMUALAIKUM..

penyakit semput dan lelah kebiasaannya
BERPUNCA DARI  >

* PERSEKITARAN YANG KOTOR

BERDEBU

* BERHABUK

* ALERGI PADA BULU KUCING

* AIR BATU

* CUACA SEJUK

* UBATAN SEPERTI ASPIRIN

jika berlaku perkara diatas..PESAKIT BIASANYA MENGALAMI>

# GANGGUAN SALURAN PERNAFASAN

#  PERNAFASAN MENJADI SESAK 

# BERULANG ULANG BATUK DAN BERNAFAS TERMENGAH MENGAH 

# DADA PESAKIT TERASA SEMPIT MENGELUARKAN BUNYI YANG HALUS l

PETUA BAGI MENGAWAL PENYAKI INI

~  SENTIASA AMALKAN MAKAN UDANG KETAK..insayallah.. @

~  DAUN EKOR KUCING dan sedikit air KAPUR SIREH..diramas sehingga keluar buih..ambil buihnya dan dilumurkan dileher..insyallah..@

~  ambil HEMPEDU AYAM HUTAN yang masih basah atau sudah kering ..kemudian ditelan..insyallah..@

~  ambil PERAHAN SUSU KAMBING ..tapiskan minum secara mentah..insyallah..@

~  ambil SEDIKIT HATI UNTA..DITELAN.insyallah

yan tak pernah cuba..alhamdulilah yan tak der semput dan lelah..tapi petua no 5 pernah nampak orang cuba..

Isnin, 24 November 2014

INDAHNYA PERANCANGAN ALLAH



ASALAMUALAIKUM..minggu ni minggu paling banyak sejarah dalam idup ku..semalam ari lahir cucu lelaki tunggal kesayangan ku...arini pula dia berkhatan ..dah bujang dah cucuku AHMAD DANIEL ASYRRAF..hari rabu pulak si kakak NURUL JULIA JESNITA dapat result UPSR semoga berjaya dengan cemerlang yer sayang..insyallah..pejam celik dah 5 tahun aku bersama mereka..kejap je dah besar..dah bujang ..dah anak dara..mudah mudahan berjaya menjadi HAFIZ dan HAFIZAH..umi sentiasa doakan adk kk..sedih aku..dah tak dapat peluk2 sangat dengan si bujang tu..dah pandai malu...ish cium pun katanya tak boleh..sebab dah sunat..sabar jelah..aku cium jer..semoga adk kk menjadi anak yang soleh..dan selalu menjadi kebanggaan keluarga..adk kk belajar sungguh2..jangan nakal2..semoga berjaya dunia dan akhirat..

SAYANG...
ANDAI HARI INI HARI TERAKHIR UMI..
UMI NAK KAKAK ADIK TAHU..
UMI SAYANG SANGAT SANGAT PADA ADIK KAKAK...
KAKAK ADIK PENAWAR RACUN HIDUP UMI..
HADIRNYA ADIK KAKAK DALAM HIDUP UMI SATU ANUGERAH..
DIKALA UMI DIHINA DAN DICACI..
ADIK KAKAK KEKUATAN UMI..
KETIKA PENGENALAN KITA..
ADIK KAKAK MASIH KECIL..
KINI SETELAH 5 TAHUN..
MASA BEGITU CEPAT BERLALU..
SIKAP KEANAK ANAKAN SEMAKIN JAUH DITINGGAL PERGI..
AH..
RINDU BENAR UMI SAAT ITU..
ADIK KAKAK BANYAK MENINGGALKAN KENANGAN INDAH BUAT UMI..
BILA SUDAH DEWASA JANGAN SESEKALI ABAIKAN MAMA PAPA..
UMI AYAH YAKIN ADIK KAKAK ANAK YANG SOLEH SOLEHAH...AMIN..
SEMOGA ADIK KAKAK DILINDUNGI ALLAH SELALU..AMIN
JANGAN SESEKALI TINGGAL SOLAT..AMIN.





Ahad, 23 November 2014

PETUA DI SENGAT BINATANG BERBISA

ASALAMUALAIKUM...

 DI SENGAT IKAN KELI

ambil SERBUK KOPI sebanyak 3 sudu..letak dalam mangkuk..kemudian tuang AIR PANAS ..lalu di wap kan ke bahagian yang terkena sengat..insyallah akan hilang rasa sakit itu..

DI SENGAT LEBAH

ambil segera BUNGA MELATI secukupnya..diramas lalu gosokkan ditempat yang terkena sengat..insyallah..kalau dpat sengatnya di buang..insyallah

DI SENGAT KALA JENGKING

ambil LADA yang sudah ditumbuk sampai halus kemudian dicampur debgan MINYAK KELAPA secukupnya..lalu ditampal pada tempat yang terkena sengat itu dan dibalut..insyallah

DI SENGAT ULAT GATAL

ambil segera MINYAK TANAH  lalu gosok ditempat yang kena...insyallah

DI SENGAT LIPAN

ambil BIJI ASAM JAWA tumbuk sehingga halus..bubuh sedikit AIR ..letak ditempat yang kena sengat..insyallah



YAN TAK PERNAH CUBA LAGI..MINTA DIJAUHKAN DARI DISENGAT..

PUNCA PUNCA YANG MENYEBABKAN MUDAH LUPA

ASALAMUALAIKUM..

PUNCA PUNCA YANG MENYEBABKAN MUDAH LUPA


melihat perkara perkara yang haram

bermain mata dengan perempuan (zina mata) 

melancap 

membuang air kecil semasa mengosok gigi 

minum air atau makanan yang bercampur semut 

tidak membaca al Quran dalam seharian 

makan atau minum dari sumber yang haram 

mengadu domba dan mengumpat 

terlalu memikir sesuatu perkara 

berkasih sayang bukan mengikuti cara islam 

terlalu memikirkan perkara yang bukan bukan 

selalu berada dalam keluh kesah dan berdukacita


waallahualam

PETUA UMBUT KELAPA / UMBUT PISANG / NANGKA / PUCUK UBI

ASALAMUALAIKUM

pasti sedap kan kalau masak lemak umbut ker nangka ke pucuk ubi ke..tapi lepas makan ada tu pasti perut rasa sebu je..yan memang amalkan petua ni..petua ni yan dapat dari mak cik dan encik somi..ringkas je yer hari ni..kepala hotak sebu ...hehehe


*  HALIA dihiris REBUS bersama umbut @ nangka @ pcuk ubi BUANG AIRNYA baru masak ikut suka..insyallah tak sebu..ATAU


*  LADA HITAM cara sama macam diatas..insyallah..ATAU


* LADA SULAH cara sama macam diatas..insyallah..




yan lebih suka pakai petua no 2

Jumaat, 21 November 2014

PETUA TERKENA AIR PANAS / EKZOS / API / MINYAK PANAS

ASALAMUALAIKUM ... SALAM JUMAAT

PETUA TERKENA MINYAK PANAS / EKZOS / API / AIR PANAS

#  ambil MINYAK ANGIN atau MINYAK CAP KAPAK atau BALM gosok ditempat yang terkena  tadi..insyallah lecurnya susut...ATAU

#  asahkan KULIT KURA KURA dicampur AIR sapulah ditempat yang terbakar...insyallah..ATAU

#  sapukan MADU ASLI ...insyallah...ATAU

#  oleskan SUSU PEKAT..insyallah..ATAU

#  sapukan UBAT GIGI..insyallah..ATAU

#  ambil PUTIH TELUR dan sapu ditempat yang terkena...insyallah


PETUA NO 1 YAN SELALU GUNAKAN..ALHAMDULILAH SETAKAT NI BERKESAN





Khamis, 20 November 2014

BERGEDEL MAK LONG


ASALAMUALAIKUM..

sekian lama aku menyendiri dari penduduk sekeliling..arini aku keluar dari kepompong..cukuplah aku merasa dihina dulu..aku tak nak pisang berbuah 2x..kini aku lebih berhati hati..

nak dijadikan cerita..arini ada majlis yassin jiran yan..anak anak dia memang suka bergedil..
entah apa yang sedap pada bergedil yan pun yan tak tahu..tapi satu yang yan suka pada budak budak ni..kepala gila gila..tak sebu kepala hotak..

disini yan ada selitkan resepi begedil..

MINYAK untuk mengoreng

KENTANG 1 KG dikupas kulit GORENG agak agak suam DILENYEK

DAUN SUP lagi banyak lagi sedap

BAWANG GORENG lagi banyak lagi sedap sedap sedap

LADA SULAH 1 sudu besar

GARAM dan PERASA

kalau nak bubuh

DAGING CINCANG  ...daging mestilah digoreng kering

dicampur HIRISAN HALIA dan LADA SULAH SIKIT serta GARAM

dah siap..hirisan halia tadi perlu DIBUANG

satukan semua bahan

bentuk kan ikut suka

CELUP TELUR dan goreng

SENANG KAN SEMUDAH A B C (JANGAN RIAK)

Rabu, 19 November 2014

ITULAH SAYANG

ASALAMUALAIKUM..

MENGAPA DIBIAR SAYANG ITU..
JAGALAH IA JANGAN TERPAKU..

BIAR KADANGKALA HATI TERUSIK..
JAUH DISUDUT HATI BERBISIK..

ANDAI NYAWA JADI TARUHAN..
BIARLAH DIRI INI  YANG TERKORBAN..

LANGIT BIAR PUN KADANGKALA MENDUNG..
MUNGKIN ADA HIKMAH TERSELINDUNG..

MATAHARI YANG MEMBERI SINARAN..
ADAKAH DISANA ADA KEBAHAGIAAN..

BIAR HATI INI BERBICARA..
MELEPAS LELAH YANG ADA..

ANDAI ESOK KUNJUNG TIBA..
JANGAN DIBIAR SIA SIA...

BERBICARA TANPA SUARA..
MELUAHKAN RASA DIJIWA..

MASIHKAH TIDAK MENGERTI..
APA YANG DINANTI..

SAYANG FAHAMILAH..
CINTAKU PADAMU KERANA ALLAH...

WASSALAM





PERKARA YANG MENDATANGKAN BALA

Asalamualaikum...tengah buat apa lah tu agaknya yer...Hari ni yan nak kongsi dengan kawan kawan sedikit pengetahuan yang yan baru baca tadi..sama samalah kita perbaiki diri..yang baik datangnya dari ALLAH..yang buruk datangnya dari kelemahan diri sendiri..

PERKARA YANG MENDATANGKAN BALA

  1. Apabila kekuasaan dianggap keuntungan
  2. Amanat dianggap ghanimah
  3. Membayar zakat dianggap merugikan
  4. Suami tunduk pada isteri
  5. Derhaka pada ibu
  6. Membenci ayah
  7. Mentaati kawan yang terpesong akidahnya
  8. Pemimpin diangkat dari golongan rendah akhlaknya
  9. Membuat bising dalam masjid
  10. Orang yang disanjung kerana kejahatannya
  11. Minum arak berleluasa
  12. Semakin ramai lelaki memakai sutera
  13. Wanita menari di khalayak ramai dianggap sebagai perkara  biasa
  14. Permainan muzik merata rata
  15. Umat akhir zaman mengutuk umat terdahulu sewenangnya
WAALLAHUALAM

PUCUK UBI KUKUS PUJAAN HATIKU !!!

 Asalamualaikum...sejuknya sekarang ni..macam dah kat luar negara...dengan kabus pagi dah macam awan tebalnya..pucuk ubi tepi rumah menjadi jadi gemuknya...geram pulak yan tengok..dalam kesejukan pagi yang ala ala kat gunung (sebenarnya atas bukit jer..hehehe) yan gagahkan diri memetik pucuk pucuk muda yang menghijau..sambil petik tekak ni dah terasa rasa nak makan pucuk ubi kukus..


BAHAN A

daun cekur racik halus
pucuk ubi direbus

BAHAN B BELENDER

buah cekur
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
ikan bilis 
cili padi
1 biji kelapa parut
telur 2 biji

garam
perasa

siat daun pisang macam buat kueh habuk habuk

bahan B dicampur bahan A ..perasa dan garam...gaul sebati..isi dalam daun pisang dan boleh dikukus selama 15 minit..sedap dimakan dengan nasi dan dimakan begitu sahaja..

DAH SIAP MASAK tapi diluar masih bekabus..sejuk ya amat..tiba tiba ter bau bau bantal dalam bilik..sedap juga mimpi ..1..2 episode ni..babai

maaf yer gambar takde..


Isnin, 17 November 2014

PETUA BATUK

Asalamualaikum semua...pernah kah kamu terkena penyakit batuk ? Rasa gatal dalam tekak dan perit sehingga telan air liur pun terasa sakit..kadang kadang tu sampai terkencing kencing...pasti memalukan..betul tak...kita kaum perempuan pernah merasa kan..hehehe...paling kesian bila kanak kanak yang terkena batuk..kadang kadang  sampai demam demam..yer lah kan budak kecik..takkan nak bagi lozeng pulak..tak pasal pasal jadi kes lain..seorang budak mati tercekik lozeng gara gara mak bagi kerana batuk...kat sini yan nak kongsikan petua mengatasi batuk selain minum ubat batuk...untuk kanak kanak dan dewasa...


BATUK REJAN BAGI KANAK KANAK

Batuk jenis ni biasanya terjadi pada kanak kanak...batuk ni berpanjangan dan tak berhenti henti..petuanya > ambil air daun peria dan beri minum pada anak..rasa pahit dari peria akan menyebabkan kahak kahak akan keluar..buatlah berulang kali jika perlu..insyallah

BATUK BIASA BAGI DEWASA

1 >  Ambil daun lidah buaya ..ambil isi je tau..hiris halus halus dan campur dengan madu lebah..makanlah 2 kali sehari..sehingga reda batuk tu..insyallah..ATAU

2 > Ambil bawang besar..buang kulit dan ditumbuk..ambil airnya..di minum 3 sudu besar..2 kali sehari..insyallah..ATAU

3 > Ambil kerak nasi dan bunga belimbing buloh beserta air..minumlah setiap kali batuk..insyallah..ATAU

4 > Ambil 1sudu kicap dan perahan air limau kasturi..amalkan di minum sehingga reda..insyallah..ATAU

5 > Ambil sepotong cekur dan sedit garam..dikunyah telan airnya..insyallah..

Jumaat, 14 November 2014

BILA HATI DI SAKITI

Asalamualaikum..salam jumaat....PERNAHKAH HATI KAMU DI SAKITI ? ..lebih lebih lagi disakiti oleh teman rapat atau ahli keluarga...akibatnya kita terlalu memikirkan perkara itu dengan serius sehingga timbul perasaan kecil ati dan dendam..PERLU KER JADI PENDENDAM ? Rasanya tak der untungnya jadi pendendam..malah akan makin merosakan hubungan dan ati menjadi resah serba tak kena...kata sayang..kenapa perlu ambil ati..memang benar bukan senang nak jaga ati orang..lebih lebih lagi ahli keluarga yang terjalin sejak dulu..KENAPA TAK MAAFKAN SAJE? itu lebih baik..kata orang,ajal ni tak kira tempat dan usia...TAKKAN ORANG YANG KITA DENDAM, DAH MATI BARU NAK MENYESAL? sama sama lah kita belajar memaafkan..tak rugi pun..malah ikatan tu akan semakin kukuh..tak percaya..cubalah memaafkan..pasti hati akan rasa lapang..

TERIMALAH SEADANYA walaupun kata kata itu menyakitkan..Fikirkan positif dan jangan ambil serius..anggap je satu gurauan..itu lebih baik dari bermasam muka..SABAR itu penting..apabila hati sudah semakin tenang..berjumpalah dan berbincang secara baik dengan mereka..andai hati tetap rasa sakit JAUHI mereka sementara waktu..biarkan masa berlalu..dan perlahan lahan kita akan lupa perkara tersebut..jika masih tertekan LUAHKAN kepada orang yang kita percaya..BUKAN pada orang yang batu api..sebab spesis yang macam ni akan mengeruhkan lagi keadaan..jadi janganlah kita berdendam..ok..



Rabu, 12 November 2014

JIRAN OH JIRAN

Pagi lagi otak dah blur..nasib ada encik blogger ..leh tulis apa yang aku suka...encik somi dah p keje..dengan sapa aku nak sembang..kang kalau sembang sorang sorang..buatnya jiran dengar kata aku gila pulak..huhu..sebut pasal jiran ni aku rasa geram pulak...eh korang..korang pernah tak dapat jiran yang suka mencuri.
nasib lah kan kalau dapat jiran yang  macam tu...limau kasturi murah kot kat pasar..habis dicurinya dengan putik putik.
dah lah petik tak minta izin..dah kantoi baru ngaku..geram tu memang geram..tapi halalkan jelah...anggap jer dia tak mampu nak beli..huhu..nasib encik somi penyabar orangnya..kalau aku lah..mau perang dunia ketiga...tapi aku bersyukur juga dapat jiran yang lebih baik...selalu bagi aku makanan...psstt...agak agak dia bagi apa yer arini..(MALAS NAK MASAK)..oklah..aku ni kalau dah membebel tak ingat..

Selasa, 11 November 2014

terima kasih YA ALLAH

Asalamualaikum...huh! rasa gementar pulak nak menaip dan berkata kata...susah juga menulis di blog...tapi kena kuatkan semangat..teringin nak berkongsi cerita dengan kawan baru...tapi ada ker orang yang sudi jengah blog aku ni...selama ni aku hanya jadi silent reader kepada blogger2 idola ku..andai mereka membaca coretan ini aku ingin ucapkan trm ksh bnyak2..pada mat gebu..umi zaihadi..cik manggis..dari dapur mina..my lovely family..kerana sepanjang aku jadi isteri orang ni..aku banyak belajar masak dari resepi diaorang..terima kasih banyak2...hanya allah mampu membalasnya..wasalam