Asalamualaikum...sejuknya sekarang ni..macam dah kat luar negara...dengan kabus pagi dah macam awan tebalnya..pucuk ubi tepi rumah menjadi jadi gemuknya...geram pulak yan tengok..dalam kesejukan pagi yang ala ala kat gunung (sebenarnya atas bukit jer..hehehe) yan gagahkan diri memetik pucuk pucuk muda yang menghijau..sambil petik tekak ni dah terasa rasa nak makan pucuk ubi kukus..
BAHAN A
daun cekur racik halus
pucuk ubi direbus
BAHAN B BELENDER
buah cekur
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
ikan bilis
cili padi
1 biji kelapa parut
telur 2 biji
garam
perasa
siat daun pisang macam buat kueh habuk habuk
bahan B dicampur bahan A ..perasa dan garam...gaul sebati..isi dalam daun pisang dan boleh dikukus selama 15 minit..sedap dimakan dengan nasi dan dimakan begitu sahaja..
DAH SIAP MASAK tapi diluar masih bekabus..sejuk ya amat..tiba tiba ter bau bau bantal dalam bilik..sedap juga mimpi ..1..2 episode ni..babai
maaf yer gambar takde..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan