ASALAMUALAIKUM....
RIYA' bermaksud orang yang suka disanjung atau dipuji dengan sikap baiknya..sifat riya' itu amat dimurkai ALLAH..firman ALLAH dari ayat AL MA'UN ayat 4-7..
MAKSUDNYA :
maka celaka lah bagi orang orang bersembahyang yang sentiasa lalai daripada sembahyangnya..mereka yang mengerjakan kebaikan, minta dilihat orang..
kita perlulah mengikis sifat riya itu dengan mengetahui dan fahami :
PUNCA TIMBULNYA SIFAT RIYA
RIYA melalui TUBUH
wajah nampak pucat...tubuhnya kurus dan jalannya menunduk saja supaya dia kelihatan seperti orang yang kuat beribadah ditengah malam..atau terlalu ambil berat hal agama...jadi bila kita nampak kan keadaan begitu tentu timbul perasaan riya di hati yang mahu orang lain menyangkannya telah melakukan amal kebaikkan..
RIYA melalui PAKAIAN
memakai pakaian yang kasar dan sutera atau baju yang dibuat dari bulu binatang ataupun memakai baju seperti sunnah nabi...perbuatan ini semua termasuk amalan riya untuk mempamerkan pada orang bahawa diri mengikuti sunnah nabi..sedangkan itu semua sandiwara yang sebenarnya bertujuan untuk mendapat sanjungan dan pujian dari orang lain..
RIYA melalui UCAPAN
kuat berzikir dikhalayak ramai..serta menampakkan sikap marah pada setiap kemungkaran..orang yang suka berdebat menonjolkan dirinya bijak pandai..
RIYA melalui PERBUATAN
apabila bersujud terlalu lama serta perbanyakkan sembahyangnya di khalayak ramai..
banyak bersedekah tetapi mahu namanya di umum pada orang..tetapi apabila bersendirian malas mengerjakan sembahyang dan bersedekah..
WAALLAHUALAM ...SAMA SAMA LAH KITA HINDARI SIFAT RIYA..JANGANLAH BERPURA PURA DI SISI ALLAH SEMATA MATA MAHU DISANJUNG ORANG
As'salam..ya Allah tuan baca ni..semoga kita tergolong orang2 yang bersederhana.
BalasPadambersederhana lebih baik...daripada luaran warak tapi suka sakitkan hati orang..
Padamsalam jumaat yan, nice sharing. kan.. jangan suka bangga diri a.k.a riak :)
BalasPadambetul tu pw..terima kasih..salam jumaat
Padam