ASALAMUALAIKUM..
sebab sebab seorang itu timbul sifat sombong dalam diri...
HARTA
bermegah dengan harta yang dicarinya..cara bercakap ..berjalan..dan tingkah lakunya memandang orang lain hina pada matanya lebih lebih lagi orang miskin..sedangkan keadaan itu membinasakan dirinya sendiri..
KECANTIKAN
kebanyakakn kaum wanita yang merasakan dirinya cantik dan cukup sempurna menganggap diri orang lain hodoh dan jijik...berani mendedahkan aib orang lain..sedangkan diri sendiri banyak kekurangan tanpa disedarinya...
KETURUNAN
sombong kerana keturunannya mulia dan dari golongan atasan...memandang hina pada orang yang tidak sedarjat...tidak mahu bergaul dengan orang miskin..sedangkan itu semua hanya sementara di muka bumi ..
AMAL IBADAT
menarik perhatian orang seperti orang yang banyak amal ibadat..timbul sikap takbur dalam diri samada dalam bab agama mahupun duniawi..didunia dia bercita cita tinggi agar masyarakat menyebut nyebut kewarakkannya dan mengharap budinya disanjung orang..tanpa sedar dia dah merosakkan amal ibadatnya..
ILMU
perasaan sombong cepat sekali menyerap ke dalam diri orang yang berilmu..mereka merasakan diri cukup sempurna lalu meninggi diri dan memandang rendah pada orang lain...pada pandangannya semua orang jahil..sebab itu siapa yang mengenalinya akan dijadikan hamba bagi kepentingan dirinya..mungkin perasan diri tu dah alim sangat sehingga tanpa sedar batinnya masih kotor..jiwanya tercela...akhlaknya buruk..
INGATAN
" janganlah engkau berjalan dimuka bumi ini dengan sombong..sesungguhnya engkau tidak dapat menebus bumi..takkan engkau sampai setinggi gunung " ( surah al israak : ayat 37 )
waallahualam
Harta... semakin sikit sebab tak kerja.
BalasPadamCantik... dah tua kerepot.
Keturunan... Kerinchi.
Ibadat... alahai, ciput.
Ilmu... dah banyak lupa sebab memori dah hampir kehabisan bateri.
Pun, betul la... kekadang memang tak dinafikan bila tengok orang lain sembahyang, timbul ujub kononnya sembahyang dia tu salah dan aku ini lagi betul...
memang itulah lah im sikap kita..sedikit sebanyak ada tercalit juga...muhasabah diri tu perlu...sama2 saling memperbaiki diri..
PadamBetul².. Manusia ni nak sombong dgn bermacam perkara.. Tp jangan lupa, tak berdoa lepas solat tu tandanya sombong dgn Allah. Ramai yg buat ni..
BalasPadammemang ramai lepas sembhyg tak berdoa...biasanya yan lihat situasi ni sewaktu sembahyang terawih dan sembahyang jumaat
Padamsemoga kita dijauhkan dari sifat sombong itu...
BalasPadamamin... :-))
Padam