Rabu, 11 Februari 2015

BERINGAT SEBELUM TERLAMBAT


ASALAMUALAIKUM...

bila balik kampung hati tenang je..hilang semua masalah...

wajah ayah bunda tersenyum menyambut kepulangan ku...

anak tunggal perempuan..tentulah manjanya lebih..betul tak...

rugilah jika jadi anak abaikan mak bapak...

dah susah baru nak ingat mak bapak..

itu pun hanya pura pura...mahu harta semata mata...

tak dapat apa yang diminta...makbapak diherdik dicaci...

hello kawan...esok lusa kita akan tua juga...

masa tu baru lah kita rasa ..apa yang kita dah lakukan pada kedua mak bapak kita dulu...

kalau tak dapat balik...telefon kan boleh..

sayangilah orang tua kita....

selagi mereka masih ada...

peringatan ni untuk diri aku juga :-))



yan rembat kat umah atuk masa balik kampung aritu..



tahun ni bos bagi besar punya :-)) tq bos...

angpau jangan lupa yer bos... :-P






INGATAN
" anak anak yatim itu janganlah kamu kasari dan orang yang meminta pertolongan jangan kamu herdik "
( SURAH AD DHUHA : AYAT 9- 10)

20 ulasan:

  1. Salam Yan! bestnyeee... dpt byk buah... akak pun dpt limau... puas makan! rezeki tahun ni... tahun lepas tak merasa... hahaha! Yan anak pompuan sowang ek, alalala.. tgk muke Yan pun akak tau..mesti manja..heee~

    BalasPadam
    Balasan
    1. :-)) tahun ni baru dapat besar dan manis..tahun lepas kecik dan masam..

      tu yang tak matang2 tu..nak manja jer kerjanya.. :-P

      Padam
  2. buah apa tu yan, limau mmg kenal lah, mecam sedap je..

    BalasPadam
  3. Tahun ni belum makan lagi Limau Mandarin. Yang buah Yan ambil di umah atuk tu ciku ke?

    BalasPadam
  4. Balik kampung siapa tak suka Yan.
    Bukan kerana ciku yg boleh bawa balik tapi bila tiba rumah kampung sendiri ada 'bau' yg sgt buat hati tenang kan..

    Oren kat office kakak ni dah berkotak-kotak Yan supplier bagi. Hamper lagi entah bila kakak nak agih kat staff pun tak tahulah.. busy.

    BalasPadam
  5. wahhhh. banyak buahh ^^ ciku tu sedaaap :)

    BalasPadam
  6. Beruntung Yan masih ada kedua ibu bapa. Mcm Kak Sam ni.. sedih, "ank yatim".. sob sob sob... mujur masih ada ibu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. syukur alhamdulilah...moga mak kak sam sihat selalu...amin...

      jangan sedih..kan akak masih punya mak..jaga dan hargailah jasa mak...

      sama2 kita cuba jadi anak yang berbakti bukan anak yang menyakiti...insyallah..amin..

      Padam
  7. Anak bunda minggu lepas ada bawak balik 2 biji limau mandarine dari ofis dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak raya cina memang itu yang pekerja akan dapat...dah lepas raya cina nanti..dapat pulak kacang cap jempol :-))

      Padam
  8. Saya sudah tak ada ibu bapa... masuk golongan yatim piatu...hehehehe

    Bagi sesiapa yg masih ada ibu bapa hargai dan hormatilah mereka sementara mereka masih hidup. Selalulah pulang ke kampung, mencium tangan dan pipi mereka ketika meereka masih menyedari kehadiran kita. Janganlah cuma mencium pipi ibu bapa ketika dia sudah terbujur kaku dan tidak menyedari lagi kehadiran kita di sisinya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mak mertua pun mak juga jr...sebab tu jr terpilih untuk jaga mak mertua ..sama2 menumpang kasih...

      tengah belajar jadi anak yang berbakti..bukan yang menyakiti..

      Padam
  9. Assalamualaikum,
    Hmm, balik kampung memang sesuatu yang sangat ditunggu2..
    Ketenangan desa bukan kerana ada kokokan ayam, sahutan katak dan bising mergastua, bukan juga pada laman hijau nan luas. tetapi damai desa kerana ada rindu yang mahu dilunas, ada tangan yang mahu dicium, ada tubuh tua yang mahu dirangkul...

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam..betul tu saudara....

      bukan wang yang dipinta..tapi kasih sayang...

      Padam
  10. Balik kampung mmg best.. tp bagi Kami yg dah tak ada kampung ni,menumpang kampung husband aje la.. sedih.. :(

    BalasPadam