Isnin, 16 Mac 2015

USAH BERSEDIH


ASALAMUALAIKUM...

Subhanallah...Masyaallah...Allahuakbar...

itu yang yan mampu ucapkan dikala habis membaca tazkirah nie...Allah swt mewujudkan personaliti yang hebat2 ini sebelum kita dan mendatangi mereka dengan pelbagai ujian dan cabaran..dengan tujuan agar satu hari nanti..manusia seperti kita ..bila mana berhadapan dengan sebarang musibah ..tidak perlu berkata " KENAPA AKU " ..

mari kita ambil semangat dari ketabahan insan2 yang terpilih dan telah di uji oleh Allah :

#   andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yang sedarah sedaging denganmu...usah bersedih..ingatilah kisah Nabi Yusuf As yang dkhianati saudaranya sendiri...

#   andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar..usah bersedih..ingatilah kisah Nabi Yunus As yang terperangkap dalam perut ikan..

#   andaikata kamu didatangi penyakit dan seluruh anggota mu menjadi sakit..usah bersedih...ingatilah kisah Nabi Ayub As ..yang ditimpa kesakitan dengan pelbagai penyakit...disamping kehilangan ahli keluarganya...

#   andaikata kamu diherdik atau dicerca oleh saudara mara kamu sendiri..lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia..usah bersedih..ingatlah kisah Nabi Muhammad SAW..yang dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya terdekat..

#   andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu ...usah bersedih..ingatilah kisah Aisyah ra..yang sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...

#   andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu..usah bersedih..ingatlah kisah Nabi  Musa as yang tidak dapat bertutur dengan sempurna...

#   andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yang perlu kamu lakukan ..serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi..usah bersedih..ingatilah kisah Nabi Nuh As yang tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya..terus membina bahtera yang besar tanpa soal..

#   andaikata kamu rasa kesunyian atau keseorangan serta tiada yang membantu..usah bersedih..ingatilah kisah Nabi Adam As ..yang diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali hawa...


waalahualam...


19 ulasan:

  1. nice sharing.. tula kita ni rajin merungut semuanya.. tapi tanggungan mereka2 yang dikasihi Allah lagi hebat.. ambil as pengajaran =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih siti :-)) ..banyak pengajaran yang dapat dari catatn nie

      Padam
  2. perkongsian yang baik sis :)

    salam kenal & jemput ke blog nana

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih nana...sudi singgah rumah yan :-)) ..salam kenal..yan dah singgah rumah nana..

      Padam
  3. Kadang2 kita lupa lebih ramai org yg lebih susah hidupnya dari kita...Jika orang lain tabah menghadapinya, mengapa kita tidak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu jr..adakala situasi yang datang buat kita putus asa

      Padam
  4. Betul tu.. jgn bersedih sgt kalau ditimpa ujian. Anggaplah semua tu sbg hadiah dari Allah.

    BalasPadam
  5. ujian itu sebenarnya hadiah terbaik daripada Allah SWT buat kita..apa nak risaukan

    BalasPadam
    Balasan
    1. risau juga ...kadang2 ujian itu tak diduga dan diluar emosi
      ....

      Padam
  6. sesungguhnya setiap orang akan diuji semakin tinggi iman kita maka akan semakin besar pula ujian itu

    BalasPadam
  7. Allah sayang kita tu sbb Allah bg kita hadiah...hadiah itu adalah ujian..
    org sabar saja yg boleh tempuhinya...so kekalkan sifat sabar itu ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima ksih kak atas nasihat tu...:-)) insyallah yan akan ingat..dan tanam dalam diri yan sifat sabar..

      Padam
  8. Allah menguji orang yang 'DIA' sayang so terima dgn redho

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang2 hati kata redha..tapi akal sibuk memberontak.

      Padam