Sabtu, 18 April 2015

LEBIH SUDU DARI KUAH


ASALAMUALAIKUM...

pernah tak kawan2 jumpa jiran atau orang sekeliling yang sibuk dengan peribadi diri korang..

kerana nak menjaga hati ada benda yang kena tolak cara baik....

jiran yan yang satu ni memang tak tahu apa masalah dia....

kalau datang rumah yan ada je benda tak kena....

tapi biasanya yan lawan balik cakap nya...yelah..yan tak suka dengar cakap orang sangat..kalau untuk kebaikkan tak pelah...ni benda yang tak perlu...

semalam hamba Allah ni datang rumah...dah lah yan tengah susah hati pasal abah yan...di datang nak bising2 pulak....

ada ke patut hamba Allah ni kata org felda lagi penting dari kluarga sendiri..yan geram je....bagi yan keluarga paling utama....orang felda jatuh no 10.....

dah lah pasu bunga hubby tanam suka2 ambik kat rumah..tanpa minta izin...

dah tu dia membebel pasal yan tak nak buat rumah batu....masalahnya rumah yan masih ok..masih kukuh...nak buat apa membazir...menangung hutang rumah...betul tak....siap dia kata felda kata kena buat juga sebab nak selaraskan....tahu  tak apa yan jawab..yan jawab..tunggu pengurus datang baru yan buat..pastu suruh dia yang bayarkan bulan2....geram sangat2...rumah dia tak lah cantik manapun...tapi yan tak sibuk pun..yan rimas dengan orang yang lebih sudu dari kuah ni...

pernah sekali yan pi majlis kawin tak pakai gincu...sibuk tarik yan dia nak pakaikan gincu...yan tolak mentah2..tapi dia tetap nak pakaikan juga..yan memang tak pakai gincu..sebab yan tak selesa....nak je yan lepaskan apa yan rasa pada dia..tapi bimbang hati dia terguris...arghhhhhhh stresss...

kawan2 apa patut yan buat...yan dah tak tahan dengan sikap dia :-((


22 ulasan:

  1. alamak, macam jenis orang yang terlebih ambik berat ni...

    *tak cukup sudu, sudip pulak yang dia bawak. hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mujur sudip..nasib dia tak bawa senduk sekali...:-))

      Padam
  2. Kalau saya lah jadi Yan, saya akan ambik pendekatan sarkastik, sokong 200% apa dia cakap dan sambil itu sindir dia pedas-pedas... Cuma risikonya lepas itu mungkin dia dah tak mau datang rumah...

    BalasPadam
  3. Kalau saya, cuba elak diri dari bertemu dia.

    Kalau dia datang pada kita cari jalan larikan diri.

    BalasPadam
  4. Ontahlah..ada juga manusia jenis cam ni..mtk dijauhkan dan jgn jd sepertinya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada kak..yan dah jumpa...nauzibillah mudahan kita tak jadi seperti mereka.

      Padam
  5. Alamak.. mcm mana ye tu..
    Mcm2 jenis org kan.. nk advice, ira x pandai. Apa ira blh ckp, sabar je la yan. Doakan smga dia sedar n berubah. Klu yan lawan, nnt sama mcm dia pulak. Baik yan diam je..
    Klu dia pot pet pot pet, yan dgr je, lps tu yan tanya, da abih da? Hehe.. lama2 dia boring la nk gossip ngan yan..
    smga jiran yan tu berubah satu hr nnt..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah kan..diam lbih baik dari melawan..tapi kadang2 geram juga

      Padam
  6. alolo sian yan, sampai nak pakaikan gincu pulak, itu dah terlebih sudahhhh tu menjaga tepi kain dan semua nya mmg tak boleh biar tu

    BalasPadam
  7. Nasib akak takde jiran2 yg perangai camni....mulut puake sangat nak main pakse2 pulak...jgn dilayan orng2 camni yan buat sakit hati je

    BalasPadam
    Balasan
    1. mulut puaka + mulut longkang...
      tulah yan kalau boleh elak yan elak..

      Padam
  8. kesian yan dapat jiran macam tu,biarkan saja lah yan jangan dilayan...lama2 dia akan sedar.Jiran2 kakak takde pulak camtu mungkin mereka lebih berusia agaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mujur jiran yang lain ok..kalau datang umah yan pasti cerita pasal resepi dan tanaman..yan lbih selesa cerita macam tu :-))

      Padam
  9. Memang ada orang yang jenis 'tak faham bahasa'. Kerana nak jaga hubungan, akhirnya kita yang menderita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap kali dia datang rumah hati mesti kata janganlah dia sibuk hal rumah yan...

      Padam
  10. mcm2....jgn layan makcik gini2..
    org felda ni pelik sikit.

    BalasPadam
  11. kesian kak yan,, nak marah nanti kecik ati plak makcik tu,,, emm sempurna betul lah dia tu sampai nak betulkan hal orang lain,,

    gini je lah kak yan,, bukan nak suruh bersombong,, lebih baik jauhkan dan adakan sedikit sifat "kau hal kau, aku hal aku" daripada sakit ati memanjang,, lambat laun dia pun faham2 sendiri lah ^__^,,

    BalasPadam
  12. sekali kala kena jugak sindir yg pedas pada dia. bukan maksud nak bergaduh tapi dari dia terus buat salah lagi dan lagi

    BalasPadam
  13. Ya Allah..sedihkan kalau de org cenggini..kang kakau kita ckp terus terang mcm dia..nti leh jd gaduh besar...harap byk bersabar la yerr

    BalasPadam