Isnin, 19 Oktober 2015

BAJET 2016



ASALAMUALAIKUM ..


Lagi beberapa hari , perdana menteri kita akan membentangkan BAJET untuk tahun 2016..

Harap harap tiada lah subsidi dipotong kan...

Harap juga tiada kenaikkan harga gula , tepung mahupun minyak masak..

Harga sekarang pun rakyat sudah  terbeban ditambah kehadiran GST yang sampai sekarang yan tak faham...

Baru baru ini timbul pula isu kenaikan tol...ada yang kata sebab nak bina sekolah  , hospital...tapi ada pula cerita sebab hendak bayar BRIM pada rakyat...

Bajet kali ini yan macam tak teruja seperti tahun tahun sebelum nya...

Harap harap adalah khabar gembira untuk rakyat kan..

Entahlah...hidup perlu diteruskan ...selagi hidup selagi itu terus berjuang..syukur Alhamdulilah..walaupun harga barang naik , masih dapat menjalani hidup yang serba ada..walaupun ada kekurangan disana sini...tetap jalani dengan sabar , tawakal , usaha , dan doa...



MAAF PADA SAHABAT...MASIH BELUM DAPAT BLOGWALKING...LINE INTERNET TENGGELAM TIMBUL...HUHU



27 ulasan:

  1. Mudah2an badget kali ini banyak beri kebaikan pada kita sebagai rakyat marhaen.

    BalasPadam
  2. Semoga bajet 2016 yang di bentangkan nanti dapat mengembirakan rakyat malaysia...

    BalasPadam
  3. yelah yan. harap ada kbar gembira utk rakyat

    BalasPadam
  4. Syukurlah dengan apa yang ada - katanya...

    Sama-samalah kita berusaha untuk kehidupan yang 'lebih baik'.

    BalasPadam
  5. Salam Isnin Yan..
    harapnya ada kebaikan yg terselit utk rakyat marhaen pada pembentangan bajet 2016 kali ini..

    BalasPadam
  6. Moga2 pembentangan kali ni , ada yg best utk didengar.. dah tak larat nak menanggung taraf hidup yg semakin meningkat kini..sedangkan gaji masih ditokok yg lama...

    BalasPadam
  7. assalam..yan dulu2 mmg suka tercongok depan tv dgr bajet yg dibentangkan..la ni xteruja lagi dah...moga negara aman makmur selalu...kesempitan kesusahan kemiskinan hanya dilupakan dlm tidur saja.

    BalasPadam
  8. semoga bajet kali ni menggembirakan rakyat jelata bukan utk rakyat mengata kerajaan kan yan

    BalasPadam
  9. kompom ada je yg naik nanti yan...naik sebal dah hati rakyat bila asyik la di peras tak henti2...mcm mana lantang pon kite bersuara langsung tak didengari....hadap jelah selagi ada nyawa di kandung badan...jumpe nanti kat SANA kite kasi settle

    BalasPadam
  10. Asalam Iryaty..harap buget 2016 terbaik untuk kita semua..harap juga dapat bonus .

    Ooo ya tahnia top 10 dalam komentar unggul di laman Etuza. Teruskan usaha ya..Etuza dah updated jenis hadiah ..do the best.kata orang tak rugi tetapi dapat rezeki..terima kasih

    BalasPadam
  11. semoga terus berkarya ..tahniah dalam senarai top komentar di blog Etuza

    BalasPadam
  12. Jangan lah ada benda yang naik dah. Huhuh

    BalasPadam
  13. apapun hidup perlu diteruskan juga kan yan...harap2 bajet kali ni yang best2 je utk rakyat

    BalasPadam
  14. tatau nak berharap apa pada bajet ni. sebab selalunya setiap tahun umum bajet tu untuk tahun depannya. tapi tahun ni dah siap2 naik semua harga. nanti tahun depan naik lagi. hurmmmm

    BalasPadam
  15. Rasanya tahun ni dah tak teruja menunggu pengumuman bajet, terlalu banyak wayang yang dipentaskan dalam tahun ini hingga keliru yg mana betul yg mana tidak..

    BalasPadam
  16. Jujurnya...
    Saya tak letak harapan apa apa pun.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum yan,
    Langsung tidak meletakkan harapan pada bajet..Dah tau mesti rakyat didahulukan...."KENA"
    Kat malaysia ni semua benda naik, satu je tak naik iaitu 'air hujan'

    BalasPadam
  18. Saya tidak lagi mengharapkan apa2 daripada bajet, sebab selalu pun tahu rakyat mesti didahulukan untuk KENA, dan juga pekerja swasta cam saya takkan dapat apa2. Cuma satu je saya harapkan adalah agar PM NAJIB berundur daripada jawatan sekarang.

    BalasPadam
  19. kita doa yang baik2 ya.. saya tak nak berharap sangat, tapi masih lagi mengharapkan keajaiban berlaku..haha, ayat...

    BalasPadam
  20. SS tak nak mintak banyak... SS mintak supaya Perdana Menteri yang ada sekarang ini... BERUNDUR!

    BalasPadam
  21. Harap bajet kali nie lebih baik dari bajet sebelum ini .

    BalasPadam
  22. sama la kak yan bajet tahun ni.harap xde membebankan rakyat la

    BalasPadam
  23. no komen pun tak tahu bab gini
    kita tunggu ajelah pembentangan nanti

    BalasPadam
  24. x sabar nak tahu pembentangan budget esok...betulkah budget utk rakyat...dgrnya Tol PLUS plak nak naik huhuhu

    BalasPadam