Khamis, 5 November 2015

RAHSIA LIMAU


ASALAMUALAIKUM..


perempuan dan limau tidak dapat dipisahkan..
Tidak kiralah air limau,jeruk limau mahupun buah limau , sudah dapat bayangkan kemasaman kemanisan kadangkala sampai kecur dibuat nya dek penangan limau..
yan suka makan limau..lebih2 lagi limau kasturi , memang sentiasa ada stok di peti ais...

Limau juga banyak khasiat dan kegunaanya...

UBAT BATUK
limau , kicap dan garam dicampur lalu diminum setiap pagi dan malam ..sehingga sembuh..Insyallah

UBAT DEMAM
ambil daun limau nipis dalam 2 genggam...rebus dengan 4 gelas air..gunakan air rebusan untuk dituam dibadan pesakit...Insyallah

UBAT KETIAK
buah limau nipis dibelah dua..secalit kapur disapu pada belahan limau tadi..sapukan pada ketiak..biarkan seketika...sebelum dibasuh..Insyallah

UBAT PENING KEPALA
ambil sebiji limau kasturi, dibelah hujungnya..kemudian picit limau tadi ke bahagian hidung..pastikan air limau terpancut di hidung..Insyallah

UBAT LELAH
ambil sesudu madu dan 5 titis jus limau kasturi..lalu diminum..amalkan seminggu sekali..Insyallah



"HIDUP INI PUNYA PILIHAN,
HIDUPLAH DENGAN CARA SENDIRI,
BERPANDUKAN AL QURAN DAN HADIS"


19 ulasan:

  1. Assalamualaikum Yan,

    Mak Long pun pengemar limau, tidak kira apa jua jenis limau terutama lemon. Kulit lemon tidaklah berapa pahit seperti kulit limau nipis. Pagi-pagi perahkan sebelah atau sebiji lemon jus campur air suam dan campur se sudu kecil madu kemudian minum setiap pagi sebelum sarapan. Khasiatnya mencuci perut atau buang toxic.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam mak long :-))

      yan dah sebulan berhenti minum air lemon dipagi hari...huhu..kehabisan stok kat rumah

      Padam
  2. perkongsian yang menarik ni yan...akak suka bau limau kasturi yang harum

    BalasPadam
  3. terima kasih kak yan.. info yg berguna..
    ada juga cuba limau campur kicap utk legakan batuk..
    :)

    BalasPadam
  4. BANYAK KHASIAT LIMAU NI N MUDAH NK DPTKANNYA...

    BalasPadam
  5. Salam Yan..
    memang banyak khasiat limau ni kan..peberet si abang Pae..:)

    BalasPadam
  6. Untuk ubat pening kepala tu hmm... tak calang-calang org tak terbuat tu Yan
    Pedih hidung dibuatnya..

    BalasPadam
  7. cik en x suka limau.. mashhaaammm.. tapi tpaksa makan
    Jemput singgah blog Nurfuzie.com

    BalasPadam
  8. Betul tu...saya kalau nak beli pewangi kereta mesti ada asas lemon atau limau....

    BalasPadam
  9. gd sharing Yan. Akak suka bau je, mkn masam2 ni kureng sikit. Tapi kalau nak buat ubat, telan jugaklah kan..

    BalasPadam
  10. Akak pon suka limau....kalau makan kat kedai selalu order limau ais atau suam...dulu masa akak kene jangkitan batuk yg teruk ada kenalan tu suh amik limau nipis di calit sikut kapur dan sapukan rata2 kat batang leher...dgn kuasa Allah baik pulak batuk akak lepas tu...

    BalasPadam
  11. Ada banyak khasiat dari limau rupanya..
    Thanks infonya kak Yan :)

    BalasPadam
  12. Antara banyak-banyak..favourite Wa ..LEMON k yan... :)

    BalasPadam
  13. ubat ketiak? untuk hilangkan bau ketiak ke nak putihkan ketiak tu ;p

    BalasPadam
  14. saya mmg jarang miss limau . dulu limau kasturi , sekarang lemon ...

    BalasPadam
  15. kira suka makan limau dengan garam. kalau tak tu macam kurang nikmat pulak hihihi

    BalasPadam