ASSALAMUALAIKUM..
Zaman ini zaman sosial media
Separuh masa terbuang sia sia
Setiap orang bebas berkata
segala aib dijaja merata
Hingga lupa MAHA PENCIPTA
Zaman ini zaman tiada hormat
cakap lepas ingat selamat
Rasa diri hebat sangat
ketawakan orang setiap saat
Hingga lupa AKHLAK AKHIRAT
Zaman ini zaman tiada sikap malu
Yang perempuan tanpa segan silu
Yang lelaki semakin ulat bulu
buat sesuatu sering melulu
Hingga lupa ADAB MALU
Zaman ini zaman tiada peribadi
masalah diri diluah sesuka hati
kelemahan orang ditawa tanpa henti
Umpama tiada sekeping hati
Hingga lupa MUHASABAH DIRI
Zaman ini zaman apa
Serba serbi serba tak kena
Walaupun maklumat dihujung jari ada
Tapi masih berhasad dengki dan leka
Hingga lupa ALLAH YANG MAHA KUASA
JOM ZIKIR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
ALLAHUAKHBAR
thx memperingtkan..=)
BalasPadamsama2 :-))
PadamJangan lupa setiap ada yang kita buat, ada balasannya kelak.
BalasPadambuat baik dibalas baik
Padambuat jahat jangan sekali
Betul lah yan,skg ni di media2 sosial banyak sangat fitnah,dengki dan macam2 lagi,kdg takut nk buka bimbang berkongsi dosa.
BalasPadambetul tu kak..pantang nampak kesalahan orang..habis dihentamnya
PadamAllahhuAkbar...
BalasPadamSemoga kita terhindar dari fitnah dunia.
amin...:-))
PadamBetul tu kak yan. Huhu. Mintak jauh la sikap2 begitu dari diri kita kan. Huhu
BalasPadambetul tu...belajar jadi lebih baik..insyallah
PadamAssalamualaikum Yan,
BalasPadamRealiti. demikianlah harga yang perlu dibayar atas satu kemahuan yang dinamakan teknologi. mudah2an kita semua istiqamah atas jalan-Nya..aminn
akak puitisnya tp sgt mendalam maksudnya...
BalasPadamzaman skrg zaman serba moden tp nilai diri budi bahasa makin hilang dr diri anak2 muda skrg nih
Assalamualaikum Yan,
BalasPadamAllah hu akbar... Inilah penyakit tenat "zaman" yang sedang menular di seluruh dunia kini. Yang benar dikata palsu, yang betul dikata salah dan yang aib dikatakan mulia. Zaman kini sudah terbalik ke zaman dulu dan kunu.
InshaAllah Iryanty..semoga dalam blog mengalir ilmu kita kepada umum..apapun realiti usah lupa tanggungjawan=b sediakan juadah sarapan..mama di sini siap hantar kat meja saya sedang baca blog kekawan..
BalasPadamWAH PANDAI YAN BERSELOKA DGN MAKSUDNYANYATA N PERLU DIFAHAMI...ZAMAN DULI N KINI BAGAI LANGIT DGN BUMI...
BalasPadamprogram tv pun penuh dengan program ketawa saja..
BalasPadamZaman ni zaman taktahu malu. Mencuri merompak dianggap biasa.malah jadi ketua..huk
BalasPadamZaman ni zaman orang pentingkan diri...
BalasPadamZaman ini ramai yg gila - gila kumpul harta, gila pangkat, gila kuasa...
BalasPadamsalam kak yan!,
BalasPadamzaman ni dimana zaman yang kita kena kuat dari segi apapun termasuk iman kita
akhir zaman
BalasPadamzaman fitnah,, zaman memerintah..
BalasPadamTelajak perahu bole di undur
BalasPadamTelajak kata buruk padahnya...berpada2 dlm melakukan sesuatu ^_^
kannn zaman sekarang payah. kadang kita post benda lain ada orang yang anggap lain. elok mcm zaman dulu balik. semua simpan sendiri. takde yang nak mengata ape lagi
BalasPadamJom kita jgn jadi golongan itu. Nauzubillahiminzalik kan Yan.
BalasPadamdatang sini..lagi.betul usaha ketawakan orang lain..tak baik sikap begitu..
BalasPadamzaman ini zaman penuh dugaan ....bertabah lah kita utk menepuh dugaan yg dtg :)
BalasPadamzaman ini perlu diperteguhkan iman, supaya kita tak hanyut dengan kemodenan
BalasPadameeeh betullah Kak Yan.. sbenarnya CT rasa banyak sngt masa terbuang mengadap laptop ni.. hurm.. kena duduk renung dan fikir balik.. huuurm..
BalasPadamakhir zaman.
BalasPadamhu hu hu...