Khamis, 25 Disember 2014

TAWAKAL ATAS KETENTUAN ALLAH SWT


ASALAMUALAIKUM...

memohon doa kepada ALLAH SWT dengan penuh khusyuk serta mengharapkan kebaikkan dunia dan akhirat..sedangkan apa yang dipohon bertentangan dengan apa yang dilakukan..ADAKAH INI DINAMAKAN TAWAKAL ?

memang tidak dinafikan kita suka bersifat mudah di dalam semua hal..tidak mahu bersusah payah dengan kerja yang membebankan..sehingga membuat kebaikan pun hendak dipermudahkan..tidak mahu berkorban dan bersusah payah..

tawakal bererti berserah diri..surah al imran ayat 159..ALLAH berfirman :

"adakanlah musyawarah dengan mereka dalam beberapa urusan dan bila engkau mempunyai ketetapan hati , maka berserah dirilah kepada ALLAH ..sesungguhnya ALLAH menyintai orang orang yang berserah diri kepadanya "

sebab itulah apa sahaja yang kita lakukan samada pekerjaan yang ringan atau berat..kita perlu bersandarkan kepada ALLAH..tanpa pertolongan ALLAH ..kita sebagai manusia biasa tidak mampu melakukan nya ..

orang yang mempunyai sikap tawakal ini di dalam dirinya sudah terbentuk sifat merendah diri..tidak akan sombong dan ego pada orang lain..malah akan lahir sifat penyayang dan belas kasihan pada yang memerlukan..dan yakin setiap pekerjaan yang dilakukan dengan doa dan perlindungan ALLAH...walaupun usahanya gagal dia tidak akan merasa kecewa..malah dapat ditempuhi dengan sabar dan redha..merasakan yakin walaupun didunia tidak memberi kejayaan tetapi yaki diakhirat sudah pasti...surah al thalaq ayat 2-3 ALLAH SWT menjelaskan di dalam firmannya :

"siapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya dia jadikan baginya jalan keluar (dari kesulitan) dan akan diberikan rezeki dari jalan yang tidak disangka sangka kerana barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH  nescaya dia menjadi pencukupnya..sesungguhnya ALLAH itu lurus urusannya dan sesungguhnya ALLAH itu telah ada ketentuan bagi setiap sesuatu "

AMIN...WAALAHUALAM..

2 ulasan:

  1. Puan Iryanty,

    Ketetapan hati yang diterjemahkan pada ayat 159 dari surah Al Imran itu lebih mudah diertikan sahaja dengan 'azam' kerana pada ayat itu juga disebut 'fa idza azamta' yang bermaksud 'apabila engkau telah berazam'. Tamabahan pula tahun baru masehi akan tiba tidak lama lagi, in syaa Allah, di mana pastinya ramai telah mempunyai azam baru. Justeru azam baru ini pula seharusnya disertai dengan pelaksanaan atau usaha yang gigih demi mengejar cita2 tersebut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih pak mail...atas perkongsian yang lebih mudah difahami..

      Padam