Rabu, 21 Januari 2015

SELALU MENGINGATI MATI

ASALAMUALAIKUM...

"hai...bila lah aku ni nak mati"
"kalau aku mati..."

pasti ada diantara kita yang selalu berkata begitu..RASULULLAH S.A.W sendiri lebih 20 kali sehari mengingati mati...orang mukmin sejati begitu cintakan mati kerana alam akhirat itu tempat rehat bagi orang orang mukmin....

ada juga yang tak fikir langsung pasal mati...bila melihat mayat terbujur kaku...mereka masih berbual bual kosong..masih bercakap hal dunia tanpa sedikit pun rasa insaf mengingati mati...berbual tentang perniagaan..gaji tak naik...hiburan..orang yang sebegitu hatinya jauh dari petunjuk ALLAH SWT..

ada 3 pengajaran mengingati mati : -

- mengingati mati boleh menghapuskan dosa...
- mengingati mati boleh membuatkan kita menjadi zuhud di dunia...
- mengingati mati boleh menjadi nasihat yang paling berkesan...

sama2 lah kita mengingati mati agar kita tak lupa bahawa MATI ITU PASTI...persoalannya adakah kita dah bersiap sedia ? adakah amal kita dah cukup ? atau kita masih leka dengan hal dunia..mencari harta..mencari hiburan..sedangkan harta..wang ringgit...tidak boleh dibawa mati...ia cuma boleh diwarisi oleh anak isteri...
tidak salah mencari harta wang ringgit tapi harus berpada2...jangan sampai lalai ..

orang yang pandai adalah orang yang mngingati mati...KENAPA ?
mereka sering mencari bekalan untuk dibawa ke akhirat...mereka memikirkan bala bencana di dunia tidak sehebat bala bencana di akhirat...bala bencana di akhirat lebih pedih dan mengerikan..
mereka juga sering memikirkan nikmat akhirat yang kekal abadi berbanding nikmat dunia yang bersifat sementara..

WAALAHUALAM...


INGATAN
" mereka yang apabila ditimpa musibah..mereka mengucapkan..' sesungguhnya kami ini kepunyaan ALLAH dan kepada-NYA kami kembali' "
( SURAH AL BAQARAH : AYAT 156 )

26 ulasan:

  1. Entry ini, best di baca bersama dgn entry abang JR...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. :-)) baru baca entri jr...betul tu dz..terima kasih..

      Padam
  2. terus terjah entry JR.. betul kata DZ.. entry ni lagi menarik bila di link kan dengan entry JR tu.. ;)

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. saya kalau ingat mati mesti terus terfikir camane nasib anak2 hihi..

    BalasPadam
  6. Sungguh mati itu benar, syurga dan neraka itu benar. Kena sediakan bekalan sebelum tiba saat izrael menjemput kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kak atas ingatan tu :-))

      Padam
  7. mati itu pasti. sama ada lewat atau cepat :D

    BalasPadam
  8. selalu hadir dlm minda.. insyaallah buat peringatan agar tak selalu lalai..

    BalasPadam
  9. mati itu adalah Rahsia Allah,,bila ada sahabat yang pergi menemui sang pencipta,, hati selalu tanya "Bagaimanalah keadaan ku nanti",, semoga saya juga termasuk golongan orang-orang yang beriman,, aminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. amin..:-)) semoga kita tergolong dalam orang orang beriman..amin

      Padam
  10. Ya allah, moga kita semua mati dalam iman.. insyallah

    BalasPadam
  11. Bila mengingati mati rasa hati sedih, bukan sedih kerana nak tinggalkan mereka yg tersayang, tapi sedih kerana bekalan masih tersangat kurang ketika mengadapNya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu jr...samalah macam yan banyak kekurangan yang perlu diperbaiki...

      Padam
  12. thanks ingat-mengingati sesama kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2... :-)) terima kasih kunjung balas

      Padam
  13. Aduhai.. selalu terfikir,.mcm mana keadaan Kat sana tu nanti.. bahagia ke derita..semoga pengakhiran kita nanti dalam keadaan yg baik...amiinn

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu sya..mudah mudahan bahagia..amin :-))

      Padam