Sabtu, 13 Disember 2014

SIFAT SIFAT TERPUJI

ASALAMUALAIKUM....

TAUBAH

meninggalkan semua perbuatan tercela yang telah dilakukan dengan niat kerana ALLAH SWT..

KHAUF

takutkan ALLAH SWT ..takut kepada kemurkaannya dengan memelihara diri dari melakukan perkara yang dilarang..

ZUHUD

bersih atau suci hati dari berkehendakkan lebih dari keperluan serta tidak bergantung kepada mkhluk lain ..hatinya sentiasa mengingati bahawa harta yang dimilikinya adalah amanah dari ALLAH SWT..

ZIKRUL MAUT

sentiasa ingat kematian..

SABAR

tabah dan cekal menghadapi ujian yang mendukacitakan...

SYUKUR

nikmat yang diperolehi nya baik yang lahir mahupun yang batin semuanya adalah dari ALLAH SWT dan ia merasa gembira dengan nikmat serta bertanggungjawab kepada ALLAH SWT...

IKHLAS

mengerjakan amal ibadat dengan penuh ketaatan serta semua perbuatan yang dilakukan semata mata mendapat keredhaan ALLAH SWT bukan kerana tujuan lain...

TAWAKKAL

berserah diri kepada ALLAH SWT dalam melakukan sesuatu rancangan..

MAHABBAH

kasihkan ALLAH SWT dan hatinya sentiasa cenderung untuk berkhidmat dan beribadat kepadanya serta bersungguh menjaga diri dari melakukan maksiat...

REDHA DENGAN QADA DAN QADAR

merasa lapang menerima ketentuan nasib yang telah ditakdirkan ALLAH SWT sama ada yang berupa nikmat dan musibah...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan