Isnin, 12 Januari 2015

DULU DULU ( 5 )

ASALAMUALAIKUM

pokok rambutan antara pokok yang menjadi tempat kenakalan budak2 zaman dulu..

selain pokok jambu air..manggis..durian dan duku...

masa tu musim buah buahan mesti time cuti sekolah kan ....

maka bermula pakatan pakatan nakal antara aku dan sepupuku..

kebiasaanya kami merembat kebun orang lain dulu (jgn ikut perangai aku)...

puas kami  makan dikebun orang yang dah macam kebun sendiri..kami meluaskan kawasan jajahan ke kebun atuk..

yang tak bestnya bila orang yang pandai panjat makan dulu kat atas sampai tak ingat orang bawah...

aku dulu setakat pandai panjat sedahan dua yang rendah aje..

tak berani aku nak panjat tinggi2 dengan fizikal yang berisi tu...

tapi zaman tu memang seronok walaupun kena perambat dengan tuan kebun ..kena sengat penyengat..kena serang dengan kerengga..tapi itu semua tak mematahkan semangat kenakalan kami :-)) ...

sekarang masing2 dah punya keluarga sendiri..cepat benar masa berlalu...
musim buah buahan pun macam dah tak wujud lagi..kerana setiap masa kita pasti mudah mencari rambutan durian manggis pulasan duku langsat yang dah tak mengikut musim seperti dulu...aku sendiri dah tak reti memanjat lagi..




INGATAN
" dan bersabarlah kamu bersama sama dengan orang orang yang menyeru tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya " ( surah al kahfi : ayat 28 )

12 ulasan:

  1. Segala buah sekarang sentiasa ada tak ikut musim... :)

    BalasPadam
  2. Saya pernah panjat pokok dan hilang keseimbangan lalu jatuh.... 2 minggu juga lengan berbalut dalam kesengsaraan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. budak nakal memang begitu jr..baru anak jantan :-))

      Padam
  3. itulah perumpamaan hidup kita sekarang ini. jika senang, jangan lupa orang yang susah.

    orang yang boleh pantas memanjat hingga dapat mencapai buah adalah kerana kepantasan itu Allah yang beri pada dia untuk melihat sejauhmana dia menggunakan nikmat yang Allahberi itu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu im..kena sentiasa beringat..trima kasih im

      Padam
  4. makan rambutan atas pokok memang nikmatnya lain macam.. hahaha.. tapi kami lagi suka panjat pokok jambu air.. ponteng sekolah agama.. lepak atas pokok.. balik rumah kena rotan.. padan muka..hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..dah kena rotan pun tak serik lagi..tetap panjat lagi...hehe...seronok kan zaman nakal2 dulu..

      Padam
  5. amboi.. berani ha ambik rambutan orang lain :p tapi orang kampung kan, bukan kisah sangat pun, selalu ada budak2 datang ambil rambutan dirumah kami :)

    seronok betul membesar dikampung kan ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..kalau tak ambik nanti habis dimakan monyet...kan membazir tu...

      memang seronok di kampung..banyak aktiviti yang boleh buat..

      Padam
  6. Sya sampai sekarang masih panjat pokok kalau ada peluang..mentang² la kecil.. x.nampak mcm mak org.

    BalasPadam
    Balasan
    1. untunglah..yan dah lama pencen panjat pokok

      Padam