Selasa, 26 Mei 2015

KAIN KAFAN KITA DIMANA ?



ASALAMUALAIKUM...


kematian adalah sesuatu yang pasti ditempuhi oleh kita...
samada kita bersedia atau tidak ia tetap berlaku...
dimana dan bila ? hanya Allah yang mengetahui..
mungkin kain kafan kita dah berada dikedai atau sedang diproses dikilang....
waalhualam..

kain kafan tiada poket untuk diisi dengan wang ringgit untuk dibawa ke kubur...
Allah tidak melihat berapa harta yang kita ada...melainkan amal jariah yang kita lakukan semasa hidup...

kain kafan tiada warna atau corak...
semasa hayat kita sibuk berfashion...
ketika ajal menjemput kita ...tubuh kaku tanpa ada daya dan upaya kerana waktu meninggal nanti..Allah tidak menilai berapa indah dan mahal pakaian duniawi..dari designer hebat..yang tetap dipakaikan adalah  kain putih...murah dan dijahit tangan...

kain kafan kita sama sahaja...
sama harganya...
sama warnanya...
sama cara pemakaiannya...
menutupi sekujur tubuh dari kaki hingga kepala.


LALU...


masih adakah rasa angkuh dalam diri kita ? 

menganggap diri kita lebih mulia ..baik...dan benar dari orang lain .

sama2 kita muhasabah diri... 

tak semestinya orang tutup aurat itu hatinya baik...

dan tak semestinya orang yang mendedah aurat itu jahat...

waallahualam...hanya Allah mengetahui...

DARI DIA KITA DATANG...

KEPADA DIA KITA KEMBALI..





18 ulasan:

  1. menarik sungguh perkongsian ini..

    cuma saya tertanya kain kapan ada kena GST tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah...tq hanafi

      :-)) ada kot..

      Padam
  2. Kita tak pasti jadi kaya atau jatuh papa esok hari. Kita tak pasti sentiasa sihat atau esok sakit teruk. Kita tak pasti rumah yang diduduki sekarang akan kekal begitu atau ada perubahan. Hanya ada satu perkara yang pasti - kita nanti akan pasti pakai kain kapan. Pasti!!

    BalasPadam
  3. Ialah kan...setelah kita mati hanya kain kapan saja yang membaluti tuboh ,dimana ya kain kapan kita skg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waallhualam..mungkin sudah berada dimasjid berdekatan kita

      Padam
  4. Walaupun sekaya mana dan sehebat mana pun kita didunia ni...setelah mati nanti hanya kain kafanlah yang kita bawa sebagai harta kita...

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu bunda..doa anak2 soleh dn solehah harta yang takkan habis...

      Padam
  5. Islam itu indah sudah disusunatur betapa setiap kita ini sama hanya berbeza dari amalan yg ada...tak payah lihat kecantikan duniawi semata-mata...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ALLAHUAKHABAR...betul sangat tu kak :-))

      Padam
  6. perkongsian yang menarik kak yan..terima kasih

    BalasPadam
  7. Haah dh pakai benda tu besok sama je kita xde beza raja ke hamba ke semua sama je kan...

    BalasPadam
  8. beli kain kafan, letak dlm almari yg selalu kita leh nampak, itu cara kita ingat mati.. :D

    BalasPadam
  9. Tgk van jenazah hari2 kat masjid ni...baru insaf hari2 :)

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum,
    Betul, hanya beberapa lapis kain putih yang membaluti tubuh dibawa bersama. Raja atau rakyat biasa, Kaya atau miskin, tua atau muda...

    ##Tapi kalau mati kena makan harimau, tiadalah kain kapan...huhu.

    BalasPadam
  11. Betul tu kak,, kita sama sahaja,, tapi masih ada yang pandang hina kehidupan kita,, tinggi sangat kah pangkat dan darjatnya tu,, hidayah itu milik Allah,, moga kita sama2 dapat pengampunan darinya insha Allah,,

    BalasPadam