Ahad, 7 Jun 2015

JEMPUTAN PERKHAWINAN ANAK BLOGGER


ASALAMUALAIKUM...


apa khabar semua ?

Rindu nak buat entri dan blogwalking...

Rasanya semua tengah bz dengan majlis pelbagai ..

maklum jelah cuti sekolah kan...

Yan juga tak ketinggalan mengambil kesempatan sempena cuti sekolah nie...

Mengadakan majlis perkhawinan sambut menantu di rumah yan...

DIJEMPUT KEPADA PEMBACA BLOG HADIR DI MAJLIS YAN YANG TIDAK SEBERAPA NIE...

Manalah tahu ada yang sudi datang :-))

SEMPENA HARI PERKHAWINAN ANAK YAN...

YAN INGAT NAK BAGI SESUATU UNTUK SESIAPA YANG SUDI MENINGGALKAN UCAPAN KREATIF BUAT PENGANTIN....

UCAPAN YANG PALING KREATIF DIKIRA SEBAGAI PEMENANG...

JURI : ENCIK SUAMI 

TARIKH TUTUP : 10 HB JUN 2015

SELAMAT BERJAYA :-))




23 ulasan:

  1. Assalamualaikum Yan dan Suami,

    Tahniah dan Selamat Menjemput Menantu. Semuga bahagia kepada kedua mempelai hingga ke akhir hayat dan selamat datang ke gerbang rumah tangga.

    BalasPadam
  2. musim cuti sekolah ni mmg byk betul undangan kan. satu hari sampai tiga empat kenduri ha. hehe..

    anyway, tahniah and selamat pengantin baru buat pengantin ye. :D

    BalasPadam
  3. Bestnya kan kalau dpt bersua di alam nyata.
    Thanks Yan atas jemputannya.. Tp apakan daya, ku di sini.. kau di sana.

    BalasPadam
  4. Jemputan ikhlas dari yan dan keluarga
    Ingin melangsungkan si anak teruna
    Selamat pengantin baru zetty dan esa
    semoga berkekalan hingga ke jannah :-))


    BalasPadam
  5. Selamat menyambut menantu yan...

    Untuk pengantin,

    Semoga bijak dan tabah melayari bahtera rumah tangga yang belum menjanjikan bahgia...kalian ibarat nakhoda, andai tumbang salah seorang, maka bersedialah yang sorang lagi untuk terus melayari bahtera agar tidak terus karam ...

    Semoga saling memahami dan bertolak ansur ....insyaAllah bahgia hingga keJannah...

    BalasPadam
  6. wah! tahniah kak yan. terima kasih kerana menjemput
    maaf tak dapat hadir sebab agak jauh dari rumah saya =)

    apapun dari kejauhan saya doakan semoga majlis berjalan lancar
    buat pengantin, saya doakan semoga kebahagian berkekalan hingga ke akhir hayat
    saya sendiri masih baru untuk memberi nasihat cuma saya doakan
    semoga kedua pengantin kuat dan tabah melayari bahtera rumah tangga
    jangan lupa tanggungjawab kepada kedua ibubapa walau sudah punyai keluarga sendiri
    terutama anak lelaki ye, syurga sehingga mati di bawah telapak kaki ibu =)
    last but not least semoga perolehi zuriat yang soleh dan solehah
    oh ya, welcome to the club =)

    BalasPadam
  7. cuti sekolah musim kahwin kan. Heheh. Barakllah pengantin moga bercinta sampai syurga :)

    BalasPadam
  8. musim cuti sekolah samalah dgn musim kenduri kendara.. tahniah kak yan dapat lagi menantu..

    P/s: kak yan tolong emailkan alamat ke email syida_11@ymail.com.. thanks

    BalasPadam
  9. Mmg musim kenduri kahwin sekarang ni..
    Saya doakan dipermudahkan urusan majlis perkahwinan anak Yan & suami...

    BalasPadam
  10. nak dapat menantu dah ye? semoga dipermudah segala urusan majlis,

    untuk bakal pengantin

    Selamat Pengantin Baru semoga Allah memberi barakah bagi kalian dan memberkati keluarga kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan dan kepada kebaikan. moga ikatan antara kalian kekal hingga ke taman-taman syurga hendakNya Amin

    BalasPadam
  11. salam mak yan, semoga majlis selamat semuanya ., aminn ;p

    BalasPadam
  12. Maaf kak yan... Terapprove komen kak yan... Caranya... Pegi kat SETTINGS > POSTS AND COMMENTS > COMMENT MODERATION > ALWAYS....

    BalasPadam
  13. kalau dekat, insya Allah saya dtg Yan. Apapun moga majlis nanti berjalan lancar ya.

    semoga rumahtangga anak menantu Yan diberkati Allah. :)

    BalasPadam
  14. Tahniah yan sbb dah ada menantu

    BalasPadam
  15. salams kak yan,

    Tahniah buat akak & hubby kerana dapat menantu :) semoga mereka perhubungan mereka kekal hingga ke syurga, amin :)

    BalasPadam
  16. Seronoknya dapat menantu kan Yan.. saya ni entah bila saat itu akan tiba.
    Kepada mempelai ingatlah kata-kata pujangga - jangan terlalu memberi harapan tinggi pada pasangan kita:

    - Seorang suami tak perlu mengharapkan isteri sehebat Khadijah jika diri sendiri tak semulia Rasulullah.
    - Seorng suami tak perlu mengharap isteri secantik Balqis jika diri sendiri tak sehebat Sulaiman.
    - Seorang isteri tak perlu mengharap suami setampan Yusuf jika kasihnya pada suami tak setulus Zulaikha.
    - Seorang isteri tak perlu mencari suami seteguh Ibrahim jika diri sendiri tak sekuat Hajar dan Sarah.
    - Belajarlah menerima pasangan seadanya, lengkap melengkapi, menerima kekuatan dan kelemahannya....

    BalasPadam
  17. tahniah sebab terima menantu.

    BalasPadam
  18. Tahniah Yan n Suami serta keluarga, pastinya majlis yg dinantikan buat kaum kerabat sanak saudara Yan n suami kan...Terima kasih sudi jemput blogers gitu... Maaf anda diri ini tidak dpt hadirkan diri, hanya doa kukirimkan moga majlis berjalan dgn baik, dan buat pengantin, semoga bahagia hingga Jannah... InshaAllah..Amiin...........

    BalasPadam
  19. ohh..ini...tarikh dah tamat...tahniah kepada bakal pengantin..semoga hidup aman damai, bahagia until jannah aminnn

    BalasPadam
  20. Barakallah

    supaya yan cpt timang cucu..

    BalasPadam
  21. Oppss..dh tamat dh..tp xpe..dgn ikhlasnye..sy nk ucapkan tahniah pd kak yan sekeluarga dan kepada pengntin...smoga bahagia hingga ke syurga...aminnnnnn heheeh

    BalasPadam
  22. sory kak yan tak join ucapan ni sebab tarikh ni masih berada di kampung,, saemoga anak kak yan bahagia sehingga ke hujung nyawa,, aminn

    BalasPadam
  23. tahniah Kak Yan.. dapat menantu..

    BalasPadam