Ahad, 2 Ogos 2015

PERLUKAH DI PUJUK JIKA SUAMI MERAJUK ???



ASALAMUALAIKUM...

MOHON MAAF PADA SS..CHEQDA...KIERA SAKURA...JR...KERANA SEWAKTU YAN NAK PUBLISH ULASAN..TANPA DISENGAJAKAN YAN TERTEKAN BUTANG PADAM.. MAAF SEKALI LAGI..ARAPA JANGAN SERIK UNTUK BERI KOMEN LAGI DI BLOG NIE.. MOHON MAAF SEKALI LAGI...:-((

siapa yang tak sayang suami , angkat tangan....

Mestilah sayang kan.. 

Selepas ijab dan kabul ...

Suami lah tempat kita bermanja kan...

Tapi kadangkala ada terlepas kata yang membuat suami merajuk hati dengan kita...

Sebagai isteri sebenarnya banyak cara yang boleh tackle hati suami kembali...

Sendiri fikir ....syhhhhhh....

Bila suami merajuk..

Tak salah pun kalau isteri pujuk..buat apa nak malu..masa couple dulu boleh je pujuk.. Inikan pula dah kawin...betol tak !!!

Sebenarnya suami mahu kita faham hati dia dan si isteri pula janganlah buat perkara yang suami tak suka..

Ni tidak..makin suami larang..makin dibuat..

Persefahaman dan perbincangan tu penting untuk keharmonian rumahtangga...

JANGANLAH MERAJUK SAYANG :-))




48 ulasan:

  1. ade ye mak yg tak sayang lakiii., hikhik2

    BalasPadam
  2. hihii...kakak memang tak pandai nak pujuk2 suami merajuk2 ni walaupun dh berpuloh tahun kawen ,tapi rasanya tak pernah pulak tengok suami merajuk tapi kakak selalu lah juga tapi dulu lah skg ni malas dh nak merajuk2 ni dah tua dah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. :-)) kalau yan nak majuk tak kira usia..best apa majuk...ada hubby pujuk..huhu

      Padam
  3. pelukan itu satu rawatan bila kita merajuk, suami kena belajar untuk memujuk isteri

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2..tapi bagaimana pula dengan suami kalau majuk...sama je kan
      .saling memujuk :-))

      Padam

  4. Orang tua-tua kalau merajuk memang sangat hodoh kan? Lebih hodoh bila pasangan buat-buat tak kisah macam tak paham yang sorang lagi tu sedang merajuk. Jika pasangan sedar kesalahannya, cukuplah pergi minta maaf kepadanya, ia sudah lebih dari mencukupi untuk hilangkan rajuk seseorang. Yang jadi masalahnya cuma masing2 keras kepala tak nak tamatkan konfrontasi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi yan usia tak penting..majuk tetap majuk..tapi jangan lama2...cepat2 pujuk pasangan :-))

      Padam
  5. Assalamualaikum,

    Diriwayatkan dalam kisah hidup para sahabat, bahawa pada suatu hari Fatimah puteri kesayangan Rasulullah saw telah menyinggung suaminya Saiyidina Ali dengan kata-kata. Kata-kata yang kurang enak itu menyebabkan Saiyidina Ali berkecil hati. Apabila Fatimah menyesal dan menyedari akan kesilapan dalam berbahasa kepada suaminya, Fatimah cuba memujuk suaminya dengan meminta maaf berulangkali. Fatimah meminta maaf seperti budak kecil yang tersilap. Melihat kepada gelagat isterinya yang tercinta Saiyidina Ali tersenyum dan memaafkan isterinya. (Dalam riwayat lain disebutkan Fatimah mengelilingi Saiyidina Ali sebayak 60 kali untuk meminta maaf)

    Perkara ini diberitahu oleh Fatimah sendiri kepada ayahandanya Rasulullah saw Lantaran baginda bersabda: "Ketahuilah wahai Fatimah sekiranya engkau bertemu ajal sebelum kau dimaafkan oleh suamimu nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu."

    Sengaja saya bawakan kisah ini sebagai peringatan dan untuk mengatakan tidak ada masalah isteri memujuk suami yang merajuk. Cuma suami pun tengok-tengoklah apa benda yang nak merajuk, kalau sesuatu yang remeh-temeh/yang sepatutnya, tak payah merajuklah.

    Ada juga suami/isteri yang sengaja pura-pura merajuk, sebab nak tengok pasangannya memujuk..oklah bersenda-gurau untuk menambah keintiman rumahtangga.

    ##Maaf panjanglah pula komentarnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. gaduh sikit2, merajuk sikit2 kena dengan tempat dan caranya apa salahnyakan.....itulah menjadi rencah masam manisnya hidup berumah tangga..
      ..
      Sedangkan lidah lagi tergigit...inikan pulak suami isteri......

      Padam
    2. waalaikumsalam saudara...betul tu saudara...kena cepat2 pujuk..dan sejuk hati:-))

      Padam
    3. betul tu bunda...yan suka pujuk hubby :-))

      Padam
  6. merajuk manja boleh la dipujuk2..kalau merajuk macam budak2...minta maaf le...tak kuasa nak layan..sikit2 merajuk2..sikit merajuk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha..sesekaliacam budak2 tak salah kot..nak bermanja...:-))

      Padam
  7. Kalau saya, tak perlu dipujuk dan tak payah pujuk. Saya akan sejuk sendiri dan back to normal selepas itu.

    BalasPadam
  8. mak mana tak sayang laki. kna gak pujuk tapi bila bini merajuk, ada jugak laki yang buat2 tak reti..dushh!!..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau suami tak faham..isteri bgi tahulah..." bang,sayang tengah majuk nie..."

      Padam
  9. biasanya bila suami merajuk susah si isteri nak memujuk.. tapi kalau si isteri merajuk sudah tentu suami pujuk....

    BalasPadam
    Balasan
    1. :-)) lelaki jarang majuk..tapi sesekali bila dia dah majuk..payah juga nak pujuk...

      Padam
  10. kami laki bini kalau merajuk masing2 pratikkan diam & bertenang.. lepas tu buat macam biasa je hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. :-)) betul tu..jadi air lebih baik dari jadi api kan

      Padam
  11. Bagus tips yang diberi..err..tapi saya no komen bab-bab ni sebab saya lum kawen.. hahahaaa...

    ok bye. :p

    BalasPadam
  12. assalam kak yan..sorry kalau tersalah tulis..sb sy belum kawin lagi..tp kalau sy dah kawin nti..n kalau husband sy merajuk,sy akan pujuk..cheewah..ye la..sebab dapat pahala kan kalau kita buat husband happy..lelaki mmg ego tinggi..tapi perempuan pn ade ego jgk..tak ade hal pn kalau mengalah...mesti husband akan rase sweettt jeee kalau wife die pujuk...chechecheee huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam una...ok..tak salah pun pendapat una :-))

      amboi romantis nya...amin

      Padam
  13. Bab suami isteri eh.. (tutup mata sikit)..
    macam sweet ja klu merajuk-rajuk ni.. tapi kalau sikit2 nak sikit nak merajuk, mau naik hangin jugak kan.. haha

    BalasPadam
  14. kiut sangat gambar tu kak yan hihi,, sweettt

    asam garam rumah tangga kak yan,, dari situ kita tahu apa yang di suka dan apa yang tidak,, kadang perkara tu lebih merapatkan lagi persefahaman sebab lebih mengenali pasangan selepas dia meluahkan rasa yang dia tak selesa,, bukan kah itu lebih baik kan kak ..

    saya pun masih belajar untuk memahami hati walaupun dah saban tahun berumahtangga,, moga kita semua diberkati,, aminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu anie..tapi kadangkala isteri terlupa apa yang hubby tak suka...

      kena selalu cari peribadi suami ..barulah kita akan faham sikit2 perangai on off hubby :-))

      Padam
  15. lelaki majuk lama tau..
    tpi kadang2 rajuk suami ini pelbagai ragam.. ada yg majuk dan patut dibagi masa.. ada yg majuk tp nk dipujuk.. depends pada keadaan
    eh2.. mcm dh kawen je cik en sembang ni.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat ni akak n hubby majuk2 manja gitu...
      takmo masam2 muka..rugi tau :-P

      Padam
  16. cara kak noor masak je yg dia suka habis ceta, mesti lepas tu dia akan senyum dan makan dgn selera sekali hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. :-)) senang nya nak pujuk hubby akak...cepat lembut hati..

      Padam
    2. Senangnyer mcm ni... Bagus lah kak nooriah

      Padam
  17. Tengok gak sape.yg salah....kalau dia yg salah pastu takmo mengaku dan nak merajuk pulak....boh layan le akak nak memujuk....hahaha....sesekali orng jantan ni merajuk cute kan kalau cik boss nak memujuknye senang je buatkan cekodok ke karipap ke sejuk le hati dia....hahaha

    BalasPadam
  18. dah jadi suami n sayang kan , apasalahnya pujuk , seronok pe pujuk orang ... heheheee

    BalasPadam
  19. yang merajuk perlulah dipujuk kan kak yan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2....sesekali hubby tu nak bermanja juga kan..

      Padam
  20. Tk qherti nk pujuk2..
    ignore jer..huhu

    BalasPadam
  21. kadang perlu kadang jangan dilayan...haha

    BalasPadam
  22. Klau teruk sgt merajuk tu kita plak yg merajuk haaa.. Hahaa

    BalasPadam
  23. Kita yg merajuk... last2 kita plk yg nk kene pujuk die... terbalik kot dibuatnye

    BalasPadam