Sabtu, 12 September 2015

AKU DAH PENAT !!!


ASALAMUALAIKUM...



kalau dah tak suka , 
Janganlah cari salah aku...

Aku dah letih ,  
penat melayan sikap mu...

Tiap kali jumpa ada saje perbuatan ku
, yang sakit di mata mu..

Cukup cukuplah...

Jika harus memilih..
aku lebih memilih tidak mengenali mu..
Sebab aku tahu itu akan 
lebih membahagiakan mu..

Diam ku bukan beerti aku mengaku kalah
 atau aku membencimu...
Diam ku kerana aku sedang 
memujuk hati memaafkan mu...

KERANAMU

Aku belajar diam dari banyak bicara..

Aku belajar sabar dari api kemarahan..

Aku belajar mengalah dari sebuah keegoan...

Aku belajar berhenti menangis untuk capai kebahagiaan..

Aku belajar kuatkan hati dari suatu kelukaan... 



TERIMA KASIH SUAMI KU..
TERIMA KASIH NGAH..
KERANA SELALU ADA DISISI UMI DIKALA UMI TERLUKA...



JOM ZIKIR

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan ALLAH

25 ulasan:

  1. ho..ho..penat jika bersabar pasti dapat pahala

    BalasPadam
  2. Dekatkan diri dengan Pencipta dan perbanyakkan zikir, insyaAllah jiwa kembali tenang

    BalasPadam
  3. Allahuakbar..banyak yang tersirat dari sajak tu. Jangan fikir sangat kut, lama-lama alah bisa tegal biasa..Insyaallah.

    BalasPadam
  4. Knpa yan?sabarlah ,semua kita akan menghadapi dugaan cuma situasinya berbeza.Akan ada hikmat dihujung sana...InsyaAllah.

    BalasPadam
  5. walau apa pun yg cuba dilakukan , perjalanan itu tetap perlu ditempuh . semoga ketabahan dan kekuatan dapat jln seiring ... Allah ada ... ujian DIA memberi seribu makna ...

    BalasPadam
  6. kenapa ni? tinggi darjat bagi mereka yg sabar.. (nak nasihat mudah, diri sendiri pn xkuat klu kena macam2).. ;-)

    BalasPadam
  7. Semoga dipermudahkan segalanya yer... Insha Allah luka pasti terubat...

    BalasPadam
  8. bersabar ni bukan pekara yang mudah, susahnya tuhan yg tahu...huhuhu

    BalasPadam
  9. Kenapa ni Yan..? Sabaq na, sbb hadiah untuk sebuah kesabaran adalah cukup indah pada penghujungnya.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum

    Begitulah doniya. Suka duka silih berganti. Saya jua begitu. Adakala penat, lelah, sedih pilu. Sebatang kara ... yatim piatu, yatim kematu bercampur baur. Hihihi...senyum sokmo.

    BalasPadam
  11. sabar itu separuh dari iman..ingat allah swt

    BalasPadam
  12. Asalam Iry tiada yang terbaik amalan selain selalu bersabar..semoga kesabaran membawa banyak kebanhagiaan. amin

    BalasPadam
  13. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@zalora.com.my

    Thanks :)

    BalasPadam
  14. Setiap yang terjadi mesti ada hikmah dia. Bersabar selagi boleh kak yan

    BalasPadam
  15. Bertabahlah kakak ku.... memang penat tapi itu semua rencah kehidupan.... ermmm...

    BalasPadam
  16. Sabar itu adalah pengubat untuk segala-galanya kan.

    BalasPadam
  17. keep calm and pray...Allah sentiasa bersama org org yg sabar...penat dan letih itu mungkin Allah nak hapuskan dosa2 kecil kita.......Mudah2an semuanya baik2 sahaja :)
    Think positive!

    BalasPadam
  18. Sabar tau akak...

    Semoga Allah mudahkan urusan akk... diberi jalan keluar terbaik... dan digantikan segala bentuk dukacita ini dengan berganda2 khabar gembira buat akak ye... insya Allah...


    Allah berfirman dalam Al Quran ... antaranya ...

    Surah Al Baqarah ;Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali orang yang khusyuk. (Ayat 45)

    Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai orang yang sabar.
    (Ayat 153)

    BalasPadam
  19. Moga kesabaran akak terbalas dengan pelangi indah nanti amin amin :)

    BalasPadam
  20. let it go.. ingt allah yg 1. pasti ade hikmah. in shaa allah..

    BalasPadam
  21. sabar ye kak Yan..doakan 'orang' itu 'tersedar' dan mohon pertolongan dari Allah supaya tunjuk jalan

    BalasPadam
  22. kadang2 memang kita penat layan kerenah manusia yg pelbagai... tapi... pilihlah untuk bahagia!

    BalasPadam
  23. memang penat melayan orang yang tidak faham akan kita, takpe yan Allah maha mengetahui..inshaAllah selalulah ingat pada Allah, hati kita pasti tenang

    BalasPadam
  24. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  25. tabahkan hati Kak Yan.. sini ramai kawan2 sedia doakan Kak Yan..
    be strong k =)

    BalasPadam