Selasa, 15 Disember 2015

ZAMAN INI ZAMAN APA ???


ASSALAMUALAIKUM..



Zaman ini zaman sosial media
Separuh masa terbuang sia sia
Setiap orang bebas berkata
segala aib dijaja merata
Hingga lupa MAHA PENCIPTA

Zaman ini zaman tiada  hormat
cakap lepas ingat selamat
Rasa diri hebat sangat
ketawakan orang setiap saat
Hingga lupa AKHLAK AKHIRAT

Zaman ini zaman tiada sikap malu
Yang perempuan tanpa segan silu
Yang lelaki semakin ulat bulu
buat sesuatu sering melulu
Hingga lupa ADAB MALU

Zaman ini zaman tiada peribadi
masalah diri diluah sesuka hati
kelemahan orang ditawa tanpa henti
Umpama tiada sekeping hati
Hingga lupa MUHASABAH DIRI

Zaman ini zaman apa
Serba serbi serba tak kena
Walaupun maklumat dihujung jari ada
Tapi masih berhasad dengki dan leka
Hingga lupa ALLAH YANG MAHA KUASA


JOM ZIKIR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR

ALLAHUAKHBAR



30 ulasan:

  1. Jangan lupa setiap ada yang kita buat, ada balasannya kelak.

    BalasPadam
  2. Betul lah yan,skg ni di media2 sosial banyak sangat fitnah,dengki dan macam2 lagi,kdg takut nk buka bimbang berkongsi dosa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak..pantang nampak kesalahan orang..habis dihentamnya

      Padam
  3. AllahhuAkbar...

    Semoga kita terhindar dari fitnah dunia.

    BalasPadam
  4. Betul tu kak yan. Huhu. Mintak jauh la sikap2 begitu dari diri kita kan. Huhu

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Yan,
    Realiti. demikianlah harga yang perlu dibayar atas satu kemahuan yang dinamakan teknologi. mudah2an kita semua istiqamah atas jalan-Nya..aminn

    BalasPadam
  6. akak puitisnya tp sgt mendalam maksudnya...

    zaman skrg zaman serba moden tp nilai diri budi bahasa makin hilang dr diri anak2 muda skrg nih

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Yan,

    Allah hu akbar... Inilah penyakit tenat "zaman" yang sedang menular di seluruh dunia kini. Yang benar dikata palsu, yang betul dikata salah dan yang aib dikatakan mulia. Zaman kini sudah terbalik ke zaman dulu dan kunu.

    BalasPadam
  8. InshaAllah Iryanty..semoga dalam blog mengalir ilmu kita kepada umum..apapun realiti usah lupa tanggungjawan=b sediakan juadah sarapan..mama di sini siap hantar kat meja saya sedang baca blog kekawan..

    BalasPadam
  9. WAH PANDAI YAN BERSELOKA DGN MAKSUDNYANYATA N PERLU DIFAHAMI...ZAMAN DULI N KINI BAGAI LANGIT DGN BUMI...

    BalasPadam
  10. program tv pun penuh dengan program ketawa saja..

    BalasPadam
  11. Zaman ni zaman taktahu malu. Mencuri merompak dianggap biasa.malah jadi ketua..huk

    BalasPadam
  12. Zaman ni zaman orang pentingkan diri...

    BalasPadam
  13. Zaman ini ramai yg gila - gila kumpul harta, gila pangkat, gila kuasa...

    BalasPadam
  14. salam kak yan!,
    zaman ni dimana zaman yang kita kena kuat dari segi apapun termasuk iman kita

    BalasPadam
  15. Telajak perahu bole di undur
    Telajak kata buruk padahnya...berpada2 dlm melakukan sesuatu ^_^

    BalasPadam
  16. kannn zaman sekarang payah. kadang kita post benda lain ada orang yang anggap lain. elok mcm zaman dulu balik. semua simpan sendiri. takde yang nak mengata ape lagi

    BalasPadam
  17. Jom kita jgn jadi golongan itu. Nauzubillahiminzalik kan Yan.

    BalasPadam
  18. datang sini..lagi.betul usaha ketawakan orang lain..tak baik sikap begitu..

    BalasPadam
  19. zaman ini zaman penuh dugaan ....bertabah lah kita utk menepuh dugaan yg dtg :)

    BalasPadam
  20. zaman ini perlu diperteguhkan iman, supaya kita tak hanyut dengan kemodenan

    BalasPadam
  21. eeeh betullah Kak Yan.. sbenarnya CT rasa banyak sngt masa terbuang mengadap laptop ni.. hurm.. kena duduk renung dan fikir balik.. huuurm..

    BalasPadam