Selasa, 12 April 2016

ORANG PAKATAN REWANG SILA AMBIL PERHATIAN

gambar google


ASSALAMUALAIKUM..


sapa pernah pergi rewang , angkat tangan .....

ermmm tentu pernah kan..kecuali katak bawah tempurung  je yang tak pernah...

tahu tak , rewang ini salah satu pengerat tali silaturahim antara masyarakat sekeliling....

tugas tugas orang rewang antaranya..memasak,kopek bawang , buat air gula...

sebenarnya , tanggungjawab orang rewang ini berat....

sebaik baik orang rewang adalah menjaga kebersihan dan tata cara memasak..

sebab orang rewang ini , diamanahkan oleh tuan rumah untuk menyediakan makanan untuk para tetamu....

tapi ada segelintir nya mengambil mudah...

ada sesetengah tempat berasnya tidak dibasuh.....terus lebur dalam air dan terus masak....

ada juga ayam yang telah digoreng tidak ditutup rapat..
sehingga langau bertelur....tapi buat2 tak nampak...terus dihidangkan untuk para tamu...itu yang kadang2 balik dari majlis kenduri keracunan makan..

ada tu sayur2 tidak dicuci langsung....

INGAT , 

itu amanah.....amanah mestilah dilaksanakan dengan betul bukan mengaibkan tuan rumah...

36 ulasan:

  1. Assalamualaikum Yan,

    Orang Johor bila nak buat kenduri kendara mesti ada rewang terutama untuk kenduri majlis perkahwinan. Semua bermuafakat dan amat meriah. Sudah bertahun Mak Long tidak pergi rewang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam....betul tu mak long...org jhr kalau knduri kendara mesti ada orang pakatan...riuh...lagi2 ada yang suka menyakat

      Padam
  2. salam kak yan! yana setuju dengan apa yang kak yan cakapkan

    BalasPadam
  3. setiap perkara harus bertanggungjawab dan buat untuk keselamatan dan kesihatan orang lain

    BalasPadam
  4. rewang gotong royong kat rumah keduri mesti dilakukan dgn penuh tanggung jawab kan yan xboleh asal siap je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak...kalau asal siap..pendek kata huru hara lah

      Padam
  5. Akak kalau ikut2 rewang ni sekadar potong2 je.Bab memasak tak berani nk campur.

    BalasPadam
  6. Kalau tempat kakak dlm ramai-ramai rewang akan dilantik seorang ketua di luar rumah dan seorg di dalam rumah. Biasa yg di luar ketuanya lelaki dan di dalam perempuan. So tak boleh ada masalah hingga boleh buat tuan rumah malu. Betul itu amanah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooo bagus cara kat tempat akak...jadi tersusun perancangan....kan...amanah tu penting

      Padam
  7. kalau kenduri kat kampung mesti gotong royong /rewang ni..seronok...usik mengusik..
    kalau kat taman2 perumahan ni..kebanyakan kenduri guna khidmat katering ja..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat kg pun dah ramai yang ambik katering kak...org rewang semua lanjut usia...yg muda2 dak ke bandar bkerja

      Padam
  8. seronok dapat merewang ramai2 kan, tapi itulah kebersihan perlu dijaga agar makanan yang terhasil tu lebih sedap dan berzat serta terhindar dari membuatkan pemakannya terkena cirit birit atau sakit perut kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu kak....pernah dengar satu kes..yg ayamnya dah busuk tetap bagi mkan kat tetamu

      Padam
  9. ehh lupa pula akak dah buat entri resepi rendang kerang tu yan..hehehe

    BalasPadam
  10. Oh begini ye orang rewang, kena bertanggunjwab bab makanan ni, kalau terdedah memang lalat boleh bertelur, sekejap ja kan.. nauzubilah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. telur lalat tu yg bahaya..boleh mengakibatkan keracunan

      Padam
  11. sgt suka join rewang.
    yes betul tu yan. kena jaga kebersihan.
    borak tu borak jugak, makanan tu perati kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sesekali berkumpul memang seronokkan

      Padam
  12. masa remaja rajinlah merewang sebab dok kampung. sekarang ni dok kat pekan... macam kera sumbanglah pulak. semua katerer buat.

    saya mai duduk makan jer...

    BalasPadam
  13. pengalaman sis rewang ni , ada yg bertekak pasal rasa masakan. sbb tak mkn garam , org yg masak tak letak garam ... heheheee ... rewang sehari penatnya dua hari ... huhuhuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yan pernah sampai demam2 sis..akibat kena hujan waktu merewang

      Padam
  14. Assalamualaikum kak yan....bab rewang2 ni saya hanya berani utk pengantin jer...itupun bukan tolong masak.....

    klu masak utk org ramai...x berani...takut x cukup...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam..fida...

      tolong orang masak berdamai memang best..sambil tolong sambil ngap telur puyuh..hihi

      Padam
  15. Assalamualaikum yan, semoga diberikan kesihatan yang baik.
    Mula-mula baca saya ingatkan sayalah spt katak di bawah tempurung kerana tidak pernah rewang. Yalah, ingatkan 'rewang' yang upacara orang asal tu. Rupa-rupanya rewang aka. bekwoh..hehe.
    kalau dulu-dulu biasalh sangat..tapi sekarang ni banyak yang dah diswastakan kepada katering.

    BalasPadam
  16. Knor tk pernah pgi rewang2 ni...knor tuka g perati jer....haha

    BalasPadam
  17. ehehhe Kak Yan.. CT tak pernah join rewang tapi CT bukan katak tau wakakaka.. tahula rewang tu apa dan penah tngk orang join rewang.. tapi sendiri nak rewang idokla...

    BalasPadam
  18. alaa.. kalau ada rasa tanggungjawab nak buat keje.. mesti xde unsur2 yang tak masak semua tu. tapi kdg2 trlepas pandang. ye la da masak banyak2 kan.. eehe..

    BalasPadam
  19. setuju tu, org rewang ni kena pegang amanah dan kerja dgn ikhlas okay.

    BalasPadam
  20. Kalau ada yg masih mengamalkan rewang ni mmg bagus...tp tulah malas jugak nak bergotong royong ni haha...

    BalasPadam
  21. berat tugas krew rewang ni. letihnya sama dengan tuan rumah.

    BalasPadam
  22. Orang kedah panggil krew rewang ni Bentara.. Ala2 zaman kesultan melayu melaka giteww.. hahaha

    BalasPadam